Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) mengambil inspirasi Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 23 April 2004. Ia sebahagian daripada langkah untuk merealisasikan Cabaran Ke 4 Wawasan 2020 yang menyeru pembentukan masyarakat bermoral dan beretika yang memiliki nilai kerohanian dan keagamaan yang kukuh disulami dengan budi pekerti yang mulia.

 

pelan-integriti-jabatan-kastam-di-raja-malaysia
Koleksi mesin-mesin kira dalam muzium Kastam di Melaka.

 

JKDM mengambil langkah untuk membentuk Pelan Integriti Jabatan (PIJ) yang dimulakan dengan Pelan Integriti Jabatan bermula pada 2005 – 2009, Pelan Integriti Jabatan 2010 – 2014 dan Pelan Integriti Jabatan 2015 – 2019. Beberapa penyesuaian dan penambahbaikan disusun selari dengan PIN untuk memperkukuhkan PIJ berdasarkan strategi di bawah :

  • Meningkatkan tadbir urus ke arah pemantapan sistem untuk menyampaikan perkhidmatan
    Pemantapan imej korporat dan sistem komunikasi JKDM.
  • Pemantapan pengurusan sumber manusia
    Perangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kuasa serta pemantapan pentadbiran sistem keadilan.

 

Objektif pelan integriti

  • Pemantapan integriti Jabatan menerusi urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
  • Mengukuhkan moral dan membudayakan integriti supaya menjadi amalan tiap kakitangan Jabatan dan pelanggan.

 

Strategi pelan integriti

  • Meningkatkan urus tadbir menuju demi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan
    Pemantapan sistem komunikasi dan imej korporat Jabatan.
  • Pemantapan urusan sumber manusia.
  • Perangi jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa di samping pemantapan pentadbiran sistem keadilan.

 

Pendekatan pemantapan

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dipraktikkan menerusi 8 elemen yang berikut :

1. Pendidikan

  • Pelaksanaan aktiviti pendidikan yang bersepadu untuk membina kepimpinan Jabatan yang boleh diteladani, warga Jabatan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan mempraktikkan nilai-nilai integriti, membenci penyelewengan, jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
  • Memastikan usaha untuk mempertingkat dan membentuk kepimpinan yang boleh diteladani menerusi penetapan Pengurusan Tertinggi Jabatan hadir ke latihan integriti minimum setahun sekali.
  • Pelaksanaan dasar pendidikan yang konsisten dengan menetapkan tempoh latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Satu modul khas untuk kursus integriti harus digubal sebagai prasyarat untuk mendapat pengesahan dalam proses kenaikan pangkat warga Jabatan.
  • Meluaskan aspek pendidikan integriti kepada pelanggan Jabatan bagi memastikan pergerakan pembudayaan integriti Jabatan disampaikan dengan jelas.

 

2. Komunikasi

  • Meluaskan saluran komunikasi untuk hebahan nilai-nilai integriti kepada setiap warga Jabatan.
  • Meluaskan saluran komunikasi agar aduan atau informasi berkaitan jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa dari dalam atau luar Jabatan dapat dihubungkan dengan cepat dan telus.
  • Mengemaskini sistem maklum balas pelanggan agar setiap aduan atau informasi di peringkat negeri atau Ibu Pejabat, boleh dipantau dan diambil tindakan.

 

3. Pemantauan

  • Meningkatkan program pemantauan secara konsisten dan berkala untuk memastikan warga Jabatan mengikut prosedur dan peraturan kerja.
  • Pemantauan siasatan hal-hal berkenaan integriti untuk pembetulan, penambahbaikan dan pemulihan secara adil dan telus.
  • Bertindak segera terhadap sebarang kelemahan yang dikesan untuk pemulihan, penambahbaikan dan pembetulan.

 

4. Pencegahan

  • Pelaksanaan sistem tapisan dan penilaian bagi urusan pengambilan pegawai yang baru dan kenaikan pangkat untuk setiap warga Jabatan dengan menekankan keutamaan integriti.
  • Menguruskan dan mengesan program-program berisiko yang mampu memberi peluang kepada perlanggaran integriti.
  • Membuat kajian dan meningkatkan tahap keberkesanan prosedur dan sistem kerja Jabatan bagi menurunkan karenah birokrasi, amalan budi bicara tiada panduan dan tindakan memutuskan sesuatu perkara yang kurang telus.
  • Mengemaskini mekanisme yang digunakan untuk mengukur indeks pandangan masyarakat dan pengukuran integriti contohnya indeks Persepsi Integriti JKDM dan sistem pengesan awal agar sebarang penurunan integriti dapat dikesan seawal yang mungkin.
  • Menyedarkan tanggung jawab di kalangan warga Jabatan yang tertentu dan terdedah dengan jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa menerusi aktiviti-aktiviti bimbingan.
  • Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, meluaskan rangkaian untuk menyampaikan perkhidmatan dan memudahkan perjalanan kerja dengan tidak mengabaikan soal kualiti dan pematuhan undang-undang bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian Jabatan.
  • Membuat rancanan dan pelaksanaan aktiviti integriti secara konsisten bagi meningkatkan integriti pelanggan dan perwakilan syarikan yang berurusan dengan Jabatan.

 

5. Pengiktirafan

  • Mengenal dan mendokumentasi individu yang cemerlang di dalam Jabatan sebagai contoh dan sumber rujukan sesi peperiksaan dan latihan Jabatan.
  • Meluaskan skop sambutan Hari Kualiti dan Inovasi dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti tambahan contohnya pertandingan menghasilkan Tema Integriti Tahunan, Logo dan Slogan Integriti.
  • Meluaskan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada pelanggan serta warga Jabatan yang mempraktikkan nilai-nilai murni yang berintegriti.
  • Mewajibkan nilai-nilai integriti sebagai ketetapan utama untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat warga Jabatan.

 

6. Punitif

  • Mengemaskini urusan kes tatatertib dan bertindak segera untuk menentukan ketelusan dan keadilan pihak-pihak yang terbabit. Warga Jabatan yang tidak mematuhi undang-undang dan disabitkan kesalahan bakal dihukum dengan setimpal sebagai elemen pencegahan.

 

7. Pemulihan

  • Mengadakan jawatan sepenuh masa bagi Pegawai Kaunselor di ibu pejabat bagi melaksanakan aktiviti pemulihan warga Jabatan yang berdepan dengan masalah.
  • Memperkuatkan fungsi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan aktiviti mentor-mentee dalam Jabatan.

 

8. Pelarasan

  • Mengadakan Unit Integriti di peringkat negeri dengan senarai tugas, terma rujukan dan tanggung jawab yang berstruktur dan jelas.
  • Cawangan Integriti di peringkat ibu pejabat JKDM akan berfungsi sebagai penyelaras yang bertanggung jawab memantau dan menilai keberkesanan aktiviti hasil dari maklum balas negeri dan membuat laporan kepada pihak pengurusan tertinggi jabatan.
  • Memantau mekanisme penyelarasan tindakan bahagian ibu pejabat dan negeri dapat berfungsi dengan berkesan.

 

    • Download Ebook PERCUMA Di Sini!

      ebook penguasa kastam

      Borang Daftar Ebook Percuma

      Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

       

      Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

      Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!