Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada mengumumkan pengambilan bagi jawatan Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan untuk ditempatkan di SPRM. Proses pengambilan bermula dengan tapisan calon-calon yang memenuhi syarat dan layak ke peperiksaan. Contoh soalan peperiksaan Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29 bakal menjadi tumpuan bila peperiksaan hampir tiba.

 

contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-siasatan-sprm
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama pegawai-pegawai SPRM.

 

Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan mempunyai gred yang bermula dengan P29, P31, P37, P41, P43, P47, P51 dan P53 seperti yang dinyatakan menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia dikategorikan sebagai kumpulan Pelaksana atau Pengurusan dan Profesional. Gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut :

contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-siasatan-sprm-gaji-sprm

 

Syarat lantikan Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29

Untuk menjadi seorang Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29, pemohon mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun.

Bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, pemohon mestilah memiliki :

  • Diploma dalam bidang undang-undang, pengajian perniagaan, perakaunan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,824.
  • Diploma dalam bidang ukur bahan, seni bina atau kejuruteraan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,863.82.

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P41

Untuk lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P41, calon-calon mestilah memiliki :

  • Ijazah Sarjana Muda (kepujian) yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,502 atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,616.65 atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam seni bina, ukur bahan atau kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,732.18 atau

 

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau
  • Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau

 

  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM3,194.30.

 

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P31 atau Gred P37

Calon yang layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik yang bersetuju untuk lantikan terus ke Gred 31 atau Gred 37 yang masih kosong sekiranya menepati syarat-syarat seperti :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan dan syarat Bahasa Melayu
  • Memiliki pengalaman yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Gaji yang ditawarkan pada Gred P31 ialah RM3,159 manakala Gred P37 ialah RM3,817.

 

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P43, P47, P51 atau Gred P53

Calon yang layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik yang bersetuju untuk lantikan terus ke Gred P43, P47, P51 atau Gred P53 yang masih kosong sekiranya menepati syarat-syarat seperti :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan dan syarat Bahasa Melayu
  • Memiliki pengalaman yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Gaji yang ditawarkan pada Gred P43 ialah RM4,009, Gred P47 RM5,374, Gred P51 RM6,108 dan Gred P53 RM6,878.

 

Syarat Bahasa Melayu

Calon yang mendapat lantikan perlu memiliki Kepujian, minimum Gred C bagi Bahasa Melayu ditahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang setaraf dan mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia.

 

Syarat Peningkatan SPRM Secara Latihan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Keselamatan layak mendapat pertimbangan Pihak Berkuasa Melantik berkaitan dengan Peningkatan Secara Latihan untuk Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 bergantung kepada kekosongan jawatan yang ditawarkan, bila sudah disahkan perkhidmatannya dan memiliki :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan atau lulus Peperiksaan Khas dan
  • Berusia tidak lebih 54 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 55 atau 56 tahun atau
  • Berusia kurang dari 56 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 60 tahun.

 

Tugas-tugas Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan

Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan mempunyai skop tugas dan tanggung jawab yang sama merangkumi Aspek Siasatan, Aspek Latihan, Aspek Perisikan, Aspek Perundangan dan Pendakwaan, Aspek Pemeriksaan dan Perundingan, Aspek Pendidikan Masyarakat, Aspek Keselamatan, Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am dan Aspek Penyelidikan dan Perancangan.

 

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM

Meskipun Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan jawatan ini berbeza dari segi gred, tetapi ia berada dalam Kementerian/Jabatan yang sama. Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM akan dikarang berdasarkan kepada maklumat dari SPRM sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.

Untuk mendapatkan contoh soalan sebenar peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan, sila ke saluran Telegram Penolong Pegawai Siasatan.

 

Berikut ialah contoh soalan pengetahuan am bagi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.

1. Apakah nama unit kecil yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mencegah rasuah?
2. Siapakah yang dipertanggung jawabkan untuk mengendalikan unit kecil tersebut?
3. Namakan pihak yang menjalankan aktiviti pendakwaan kes rasuah.
4. Namakan badan kerajaan yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 menerusi gabungan 3 agensi kerajaan.
5. Apakah tujuan Biro Siasatan Negara diperkenalkan pada 29 Ogos 1973?

6. Apakah perubahan yang berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diperkenalkan pada 13 Mei 1982?
7. Mengapakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkenalkan?
8. Sebutkan 4 fungsi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan integriti dalam SPRM?
10. Nyatakan fungsi Jabatan Siasatan yang terdapat dalam SPRM.

11. Nyatakan fungsi Bahagian Pendidikan Masyarakat yang terdapat dalam SPRM.
12. Apakah peranan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan?
13. Jelaskan fungsi Jabatan Perisikan.
14. Apakah nama bahagian yang bertanggung jawab menjaga aspek keselamatan perlindungan, personel, fizikal, dokumen dan ICT SPRM?
15. Apakah makna tegas dalam SPRM?

16. Sebutkan 4 daripada 5 badan khas yang bebas menjadi penasihat kepada SPRM.
17. Apakah tugas spesifik bagi Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat?
18. Berapakah jumlah minimum bagi amaun yang berkaitan dengan kes-kes berprofil tinggi yang disiasat menerusi Badan Operasi Khas?
19. Bagaimanakah pemberi maklumat berkaitan rasuah mendapat jaminan keselamatan?
20. Kenapa maklumat yang berkaitan dengan kejadian rasuah mesti dilaporkan kepada SPRM?