Angina Pektoris Atau Sakit Dada

Angina pektoris atau sakit dada

Angina pektoris dikenali sebagai rasa sakit yang menimpa dada seseorang pesakit. Ia adalah penyakit sementara yang berpunca dari kekurangan aliran darah ke jantung. Angina pektoris atau sakit dada akan berlaku apabila darah yang mengangkut oksigen dan nutrien yang mengalir ke jantung terjejas. Ada keadaan tertentu di mana otot jantung memerlukan lebih bekalan oksigen.

 

angina pektoris atau sakit dada
Jika anda tiba-tiba ditimpa sakit dada, usah ambil remeh perkara tersebut.

 

Contoh keadaan di mana bekalan oksigen lebih diperlukan ialah semasa bersenam atau semasa seseorang individu berada dalam keadaan yang tertekan. Kardiovaskular juga merupakan salah satu punca penyebab angina pektoris. Penyakit ini mempunyai 2 peringkat iaitu stabil dan tidak stabil.

Peringkat stabil merujuk kepada keadaan sakit dada bila melakukan sebarang aktiviti manakala peringkat tidak stabil pula mengalami keadaan sakit dada yang berulang dan berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Rasa sakit akan menimpa walau pun pesakit melakukan aktiviti yang ringan.

Punca sakit angina pektoris

Penyakit angina pektoris dibahagikan kepada risiko boleh ubah dan tidak boleh ubah. Di antara risiko boleh ubah angina pektoris ialah mereka yang terdiri dari golongan :
1. Perokok
2. Tekanan darah tinggi
3. Kadar kolestrol yang tinggi dalam darah
4. Tekanan psikologi
5. Kencing manis (diabetes mellitus)
6. Gemuk (obesiti)

Bagi risiko tidak boleh ubah angina pektoris pula terdiri daripada :
1. Sejarah sakit jantung dari keluarga atau keturunan
2. Pertambahan usia

Faktor pemakanan dan aktiviti seharia turut berpotensi mempengaruhi untuk mendapat sakit angina pektoris. Keadaan cuaca yang tidak boleh diramal seperti terlalu sejuk atau terlalu panas dan aktiviti fizikal turut menyumbangkan kepada risiko ditimpa sakit angina pektoris.

Petanda sakit angina pektoris

1. Sakit mengejut di dada selepas makan atau melakukan senaman.
2. Berasa tidak selesa seakan-akan pedih ulu hati selepas selesai makan.
3. Rasa sakit berlarutan dari 5 hingga 10 minit dan mampu mencapai 30 minit.
4. Pesakit akan turut kelihatan pucat dan ditimpa sesak nafas kerana aliran udara ke jantung sudah berkurangan.
5. Tekanan yang dialami akibat batu karang atau batu pundi hempedu dan juga kayap boleh menjadi punca kepada pesakit ditimpa angina pektoris.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!