Sambutan Hari Kastam Sedunia Di Malaysia

Sambutan hari kastam sedunia di Malaysia

Hari kastam disambut pada 26 Januari setiap tahun. Baru-baru ini semasa sambutan hari kastam sedunia di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) menempa kejayaan dalam menyelamatkan hasil negara yang bernilai lebih RM1 bilion.

 

sambutan hari kastam sedunia di malaysia
Sambutan hari kastam sedunia di Malaysia disambut pada setiap 26 Januari setiap tahun.

 

JKDM dan COBRA berganding bahu

JKDM dan pasukannya berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan yang melibatkan komoditi seperti minuman keras, kenderaan dan rokok. Tanpa semangat integriti yang maksimum di kalangan pegawai kastam, ketirisan hasil pasti tak dapat dielakkan. Biar pun berdepan dengan pelbagai risiko, JKDM dan unit COBRA pasti tidak akan berundur.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan menyatakan kadar Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan. GST dilaksanakan untuk membantu merancakkan ekonomi negara, bukan untuk membebankan rakyat. Sumber kewangan negara yang stabil dan bertambah mampu memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia.

 

Kutipan GST disasarkan RM45 bilion

Menurut beliau lagi, pelaksanaan GST membolehkan 1.6 juta orang penjawat awam menerima bayaran khas. Kutipan GST pada tahun 2017 berjumlah RM44 bilion manakala pada tahun 2016 berjumlah RM41 bilion. Untuk tahun 2018, JKDM meletakkan sasaran untuk mencapai kutipan sebanyak RM45 bilion.

 

Pelancaran Malaysia GST Compliance Assurance Programme

Serentak dengan sambutan hari kastam sedunia, Perdana Menteri turut melancarkan Malaysia GST Compliance Assurance Programme (MyGCAP). MyGCAP ditubuhkan untuk melatih firma-firma yang boleh membantu perkara yang berkaitan dengan GST seperti pendaftaran, bayaran balik GST dan kelulusan dari JKDM.

Firma yang terlibat akan diwajibkan untuk menyertai kursus dan tapisan peperiksaan JKDM sebelum dianugerahkan menjadi ejen berlesen sekaligus melaksanakan tugas yang berkaitan dengan kastam. Dengan itu, urusan GST yang sebelum ini memakan masa berbulan-bulan dapat disingkatkan.

MyGCAP akan ditawarkan kepada syarikat berkaitan kerajaan, syarikat-syarikat senaraian awam atau syarikat-syarikat awam sebelum ditawarkan kepada syarikat-syarikat lain mengikut peringkat. Mereka yang memiliki status MyGCAP akan mendapat layanan terbaik semasa memohon pulangan semula dan pembaharuan skim contohnya Skim Pedagang Diluluskan termasuk kemudahan lain.

Program ini diwujudkan dengan maksud untuk menggalakkan masyarakat mendaftar GST tanpa paksaan, mempertingkatkan pematuhan dan menguruskan risiko GST dengan efektif. JKDM akan membuat lantikan juruaudit dari luar untuk memantau syarikat-syarikat yang sudah mendaftar dengan MyGCAP agar mereka boleh menjalankan pengisytiharan sendiri.

Hari ini JKDM menjalankan semakan dan pemeriksaan secara manual berkaitan tuntutan setiap syarikat yang berdaftar dengan GST bagi mengelakkan penipuan atau tuntutan palsu dan terlalu tinggi. Menerusi MyGCAP, juruaudit luaran yang dilantik oleh JKDM akan mengaudit syarikat-syarikat tersebut setiap 2 tahun sekali.

Sistem yang diperkenalkan oleh JKDM bakal melancarkan aliran tunai syarikat-syarikat yang membuat tuntutan balik GST tanpa perlu melalui semakan ketat dan protokol dokumentasi JKDM. Selain itu, keselamatan anggota JKDM semasa menjalankan tugas sentiasa dipantau untuk mengurangkan risiko.

Di antara barang yang mempunyai nilai duti yang tinggi termasuklah rokok dan alkohol. Ianya begitu sensitif kepada operasi JKDM sehingga mendedahkan ancaman yang serius semasa bertugas.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *