Syarat Permohonan Latihan Separa Perubatan

Syarat permohonan latihan Separa Perubatan

Separa Perubatan merupakan satu program yang diuruskan oleh Badan Pengambilan Khas bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Syarat permohonan Separa Perubatan terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu :

1. Program sijil. Pemohon diwajibkan untuk memiliki sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Ujian Lisan, Sains dan Matematik. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mendapat keputusan lulus untuk subjek Bahasa Inggeris.

Program latihan sijil yang dikendalikan ialah Latihan Jururawat Masyarakat, Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian dan Latihan Pembantu Kesihatan Awam.

 

2. Program diploma. Pemohon diwajibkan untuk memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang mendapat pengiktirafan dan sama taraf dengannya dengan lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan termasuk lulus 6 subjek dan 2 daripadanya mendapat kepujian dan yang lain mestilah di tahap lulus.

Program latihan diploma yang dikendalikan ialah Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota), Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja), Latihan Jururawat, Latihan Jururawat Pergigian, Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan, Latihan Juruteknologi Pergigian, Latihan Juru X-Ray, Latihan Penolong Pegawai Farmasi dan Latihan Penolong Pegawai Perubatan.

 

syarat-permohonan-latihan-separa-perubatan
Selidik syarat-syarat permohonan sebelum memilih bidang Separa Perubatan.

 

Cara mendaftar permohonan Separa Perubatan

Setiap permohonan wajib dilakukan secara online menerusi portal rasmi SPA. Jika terpilih, calon-calon yang disenaraikan akan mendapat emel dari SPA berkaitan panggilan peperiksaan online Separa Perubatan. Anda boleh merujuk artikel cara daftar latihan Separa Perubatan Gred U29 untuk maklumat lanjut.

 

Peperiksaan online Separa Perubatan

Bagi pemohon yang layak, SPA akan memanggil calon-calon untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Peperiksaan online ini akan diadakan pada waktu malam di sekitar jam 8.00 malam ke atas. Oleh itu anda haruslah membuat persediaan dari segi pengetahuan yang berkaitan dengan Separa Perubatan dan talian internet yang stabil.

Terdapat 2 seksyen soalan yang bakal ditanya semasa peperiksaan dijalankan. Pihak SPA akan memberitahu apakah skop soalan Separa Perubatan yang akan keluar menerusi semakan online. Dari situ calon-calon yang layak akan dimaklumkan tentang masa, tarikh dan seksyen-seksyen soalan yang bakal keluar.

Dalam slip peperiksaan yang dibekalkan, ada 2 seksyen soalan yang akan disoal iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Seksyen Pengetahuan Am berkisar tentang informasi yang berkaitan dengan bidang perubatan, kesihatan, penyakit, pentadbiran Malaysia dan teknologi maklumat. Untuk seksyen Ujian Psikometrik, ia lebih kepada soalan untuk menentukan kecenderungan minat calon.

 

Rujukan peperiksaan Separa Perubatan

Jika dilihat pada buku-buku yang terdapat di pasaran, tiada rujukan khusus yang berkaitan dengan Separa Perubatan. Ianya amat sukar ditemui dan berkemungkinan hanya boleh didapati secara online sahaja.

Oleh itu anda yang berminat untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan boleh mendapatkan rujukan di bawah ini.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) mengambil inspirasi Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 23 April 2004. Ia sebahagian daripada langkah untuk merealisasikan Cabaran Ke 4 Wawasan 2020 yang menyeru pembentukan masyarakat bermoral dan beretika yang memiliki nilai kerohanian dan keagamaan yang kukuh disulami dengan budi pekerti yang mulia.

 

pelan-integriti-jabatan-kastam-di-raja-malaysia
Koleksi mesin-mesin kira dalam muzium Kastam di Melaka.

 

JKDM mengambil langkah untuk membentuk Pelan Integriti Jabatan (PIJ) yang dimulakan dengan Pelan Integriti Jabatan bermula pada 2005 – 2009, Pelan Integriti Jabatan 2010 – 2014 dan Pelan Integriti Jabatan 2015 – 2019. Beberapa penyesuaian dan penambahbaikan disusun selari dengan PIN untuk memperkukuhkan PIJ berdasarkan strategi di bawah :

  • Meningkatkan tadbir urus ke arah pemantapan sistem untuk menyampaikan perkhidmatan
    Pemantapan imej korporat dan sistem komunikasi JKDM.
  • Pemantapan pengurusan sumber manusia
    Perangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kuasa serta pemantapan pentadbiran sistem keadilan.

 

Objektif pelan integriti

  • Pemantapan integriti Jabatan menerusi urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
  • Mengukuhkan moral dan membudayakan integriti supaya menjadi amalan tiap kakitangan Jabatan dan pelanggan.

 

Strategi pelan integriti

  • Meningkatkan urus tadbir menuju demi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan
    Pemantapan sistem komunikasi dan imej korporat Jabatan.
  • Pemantapan urusan sumber manusia.
  • Perangi jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa di samping pemantapan pentadbiran sistem keadilan.

 

Pendekatan pemantapan

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dipraktikkan menerusi 8 elemen yang berikut :

1. Pendidikan

  • Pelaksanaan aktiviti pendidikan yang bersepadu untuk membina kepimpinan Jabatan yang boleh diteladani, warga Jabatan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan mempraktikkan nilai-nilai integriti, membenci penyelewengan, jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
  • Memastikan usaha untuk mempertingkat dan membentuk kepimpinan yang boleh diteladani menerusi penetapan Pengurusan Tertinggi Jabatan hadir ke latihan integriti minimum setahun sekali.
  • Pelaksanaan dasar pendidikan yang konsisten dengan menetapkan tempoh latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Satu modul khas untuk kursus integriti harus digubal sebagai prasyarat untuk mendapat pengesahan dalam proses kenaikan pangkat warga Jabatan.
  • Meluaskan aspek pendidikan integriti kepada pelanggan Jabatan bagi memastikan pergerakan pembudayaan integriti Jabatan disampaikan dengan jelas.

 

2. Komunikasi

  • Meluaskan saluran komunikasi untuk hebahan nilai-nilai integriti kepada setiap warga Jabatan.
  • Meluaskan saluran komunikasi agar aduan atau informasi berkaitan jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa dari dalam atau luar Jabatan dapat dihubungkan dengan cepat dan telus.
  • Mengemaskini sistem maklum balas pelanggan agar setiap aduan atau informasi di peringkat negeri atau Ibu Pejabat, boleh dipantau dan diambil tindakan.

 

3. Pemantauan

  • Meningkatkan program pemantauan secara konsisten dan berkala untuk memastikan warga Jabatan mengikut prosedur dan peraturan kerja.
  • Pemantauan siasatan hal-hal berkenaan integriti untuk pembetulan, penambahbaikan dan pemulihan secara adil dan telus.
  • Bertindak segera terhadap sebarang kelemahan yang dikesan untuk pemulihan, penambahbaikan dan pembetulan.

 

4. Pencegahan

  • Pelaksanaan sistem tapisan dan penilaian bagi urusan pengambilan pegawai yang baru dan kenaikan pangkat untuk setiap warga Jabatan dengan menekankan keutamaan integriti.
  • Menguruskan dan mengesan program-program berisiko yang mampu memberi peluang kepada perlanggaran integriti.
  • Membuat kajian dan meningkatkan tahap keberkesanan prosedur dan sistem kerja Jabatan bagi menurunkan karenah birokrasi, amalan budi bicara tiada panduan dan tindakan memutuskan sesuatu perkara yang kurang telus.
  • Mengemaskini mekanisme yang digunakan untuk mengukur indeks pandangan masyarakat dan pengukuran integriti contohnya indeks Persepsi Integriti JKDM dan sistem pengesan awal agar sebarang penurunan integriti dapat dikesan seawal yang mungkin.
  • Menyedarkan tanggung jawab di kalangan warga Jabatan yang tertentu dan terdedah dengan jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa menerusi aktiviti-aktiviti bimbingan.
  • Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, meluaskan rangkaian untuk menyampaikan perkhidmatan dan memudahkan perjalanan kerja dengan tidak mengabaikan soal kualiti dan pematuhan undang-undang bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian Jabatan.
  • Membuat rancanan dan pelaksanaan aktiviti integriti secara konsisten bagi meningkatkan integriti pelanggan dan perwakilan syarikan yang berurusan dengan Jabatan.

 

5. Pengiktirafan

  • Mengenal dan mendokumentasi individu yang cemerlang di dalam Jabatan sebagai contoh dan sumber rujukan sesi peperiksaan dan latihan Jabatan.
  • Meluaskan skop sambutan Hari Kualiti dan Inovasi dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti tambahan contohnya pertandingan menghasilkan Tema Integriti Tahunan, Logo dan Slogan Integriti.
  • Meluaskan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada pelanggan serta warga Jabatan yang mempraktikkan nilai-nilai murni yang berintegriti.
  • Mewajibkan nilai-nilai integriti sebagai ketetapan utama untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat warga Jabatan.

 

6. Punitif

  • Mengemaskini urusan kes tatatertib dan bertindak segera untuk menentukan ketelusan dan keadilan pihak-pihak yang terbabit. Warga Jabatan yang tidak mematuhi undang-undang dan disabitkan kesalahan bakal dihukum dengan setimpal sebagai elemen pencegahan.

 

7. Pemulihan

  • Mengadakan jawatan sepenuh masa bagi Pegawai Kaunselor di ibu pejabat bagi melaksanakan aktiviti pemulihan warga Jabatan yang berdepan dengan masalah.
  • Memperkuatkan fungsi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan aktiviti mentor-mentee dalam Jabatan.

 

8. Pelarasan

  • Mengadakan Unit Integriti di peringkat negeri dengan senarai tugas, terma rujukan dan tanggung jawab yang berstruktur dan jelas.
  • Cawangan Integriti di peringkat ibu pejabat JKDM akan berfungsi sebagai penyelaras yang bertanggung jawab memantau dan menilai keberkesanan aktiviti hasil dari maklum balas negeri dan membuat laporan kepada pihak pengurusan tertinggi jabatan.
  • Memantau mekanisme penyelarasan tindakan bahagian ibu pejabat dan negeri dapat berfungsi dengan berkesan.

 

    • Download Ebook PERCUMA Di Sini!

      ebook penguasa kastam

      Borang Daftar Ebook Percuma

      Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

       

      Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

      Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Customs Operational Battle Force Response Assault Kukuhkan JKDM

Customs Operational Battle Force Response Assault kukuhkan JKDM

Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam telah dibentuk oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) yang mempunyai 205 Pegawai Penguatkuasa Kastam. Dikenali sebagai Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA), pasukan ini akan mengendalikan kes yang berprofil tinggi.

 

customs operational battle force response assault kukuhkan jkdm
Pasukan COBRA dalam perbarisan semasa latihan ala komando.

 

Gangguan kumpulan tolong orang nak tipu orang (TONTO), ugutan dan halangan kes berisiko tinggi yang mengancam Pegawai Penguatkuasa Kastam menggerakkan fungsi COBRA untuk menjadi pelindung dan penggempur bagi Bahagian Penguatkuasaan JKDM. Pasukan COBRA akan menjadi pelindung kepada pegawai operasi serbuan.

COBRA akan digerakkan ke seluruh Malaysia. Seramai 23 orang pegawai akan menjalani latihan siri pertama yang bertempat di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak. Untuk memasuki COBRA, proses pemilihan dan pengambilan pegawai dijalankan secara berperingkat dan akan diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Setiap negeri di Malaysia akan ditempatkan dengan 25 orang pasukan COBRA dalam masa 2 tahun yang turut mengadakan latihan bersama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Latihan ala komando tersebut akan menjadikan modul VAT 69 atau 69 komando sebagai rujukan.

Pasukan COBRA akan tampil dengan pakaian taktikal, bersenjata api dan bertopeng muka serta bergerak dalam kumpulan yang kecil bergantung kepada kes mengikut risiko tertentu. Buat masa ini, pasukan COBRA akan ditempatkan di ibu pejabat JKDM dan akan dihantar ke kawasan yang mempunyai ancaman atau kes terhadap anggota JKDM.

Sebanyak 80 buah kereta Isuzu D-Max 3.0 yang telah diubahsuai dengan tambahan kamera video dan bar digunakan bagi melancarkan perjalanan bahagian penguatkuasaan JKDM di seluruh negara. Kenderaan tersebut akan digunakan semasa menjalankan operasi dan serbuan untuk mengurangkan risiko keselamatan dan gangguan dari TONTO.

 

Ujian Kaedah Penilaian untuk pegawai kastam

Setiap pegawai lantikan JKDM yang baru akan menjalani Ujian Kaedah Penilaian (IAT) untuk mengukur ketelusan setiap individu menurut skop kerja dan tanggung jawab yang dilaksanakan. JKDM bakal menjadi badan awam yang pertama melaksanakan sistem ini dalam organisasinya.

Ujian IAT yang pertama dihadiri oleh 60 orang pegawai kastam dalam gred WK48. Pegawai-pegawai kastam yang lain juga bakal menduduki ujian ini sehingga mencapai 14,000 orang anggota.

Ujian ini diadakan bagi memartabatkan integriti dan pengurusan serta menghapuskan gejala rasuah dalam JKDM. Keputusan ujian IAT turut digunakan untuk penempatan kursus dan kenaikan pangkat dalam JDKM.

Kerjasama JKDM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri

JKDM turut bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan data yang berkaitan dengan urusan percukaian. 2 agensi kerajaan ini boleh membantu kerajaan menambah kutipan cukai. Maklumat yang dikongsi boleh digunakan untuk pemadanan data dan tindakan yang sewajarnya diambil kepada pembayar cukai.

Kerjasama JKDM dan LHDN mampu menjayakan penguatkuasaan dan pematuhan cukai secara efektif serta menyelesaikan ketirisan cukai dan pasaran gelap untuk meningkatkan ekonomi negara.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Setiap kali peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 bakal diadakan, ramai calon-calon peperiksaan online yang tersenarai memerlukan nota rujukan dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Boleh dikatakan ada format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai seksyen yang tetap dan ada seksyen yang diubah.

 

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik m41
Istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan felo INTAN 2017.

 

Tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 (PTD M41) dikelaskan dalam kategori Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional yang dipertanggung jawabkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk menjadi seorang PTD M41, anda haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Selepas melepasi syarat-syarat kelayakan, anda akan dipanggil ke tapisan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika lulus peperiksaan, anda akan melalui tapisan temuduga dan dilantik sebagai PTD secara kontrak. Anda akan diarahkan untuk menjalani latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama setahun.

Sebaik sahaja tamat latihan, anda akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Awam dan dilantik sebagai PTD M41 secara tetap. Oleh itu anda wajib tahu tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

 

Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Sebagai calon yang mahu lulus dalam peperiksaan, anda harus tahu selok-belok pemerintahan di Malaysia termasuklah keselamatan dan pertahanan negara, hubungan antarabangsa, pengurusan sumber manusia, hal ehwal luar negeri, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan sumber ekonomi, infrastruktur dan pengurusan sumber kewangan.

Seksyen pengetahuan am ini ditanya bagi menilai daya kesedaran calon tentang perkara-perkara yang berlaku di Malaysia dan seluruh negara. Contoh soalan pengetahuan am dan alam sekeliling boleh dilihat di bahagian bawah.

 

1. Di antara berikut, pilih institusi kuasa yang paling tinggi dalam sistem pemerintahan di Malaysia

A. Mahkamah Persekutuan
B. Perlembagaan Malaysia
C. Parlimen
D. Kabinet

Jawapan = B

 

2. Pilih jawapan yang BENAR berkaitan dengan tugas Yang Dipertua Negeri

A. Memiliki kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri
B. Memilih calon Yang Di-Pertuan Agong
C. Membuat lantikan Ketua Menteri
D. Menjadi ahli Majlis Raja-Raja

Jawapan = A

 

3. Dasar Pembangunan Nasional ditubuhkan dengan tujuan UTAMA iaitu

A. Meningkatkan ekonomi negara secara konsisten
B. Membangunkan kualiti hidup warganegara Malaysia
C. Memajukan negara menerusi perpaduan berbilang kaum
D. Mencapai keadilan ekonomi sosial rakyat pelbagai bangsa

Jawapan = C

 

4. Pilih kenyataan yang TIDAK berkaitan dengan Dasar Pandang Ke Timur di bawah Perubahan Struktur Organisasi

A. Penyediaan servis pembayaran bil setempat
B. Pembentukan pasukan peningkatan kualiti kerja
C. Penyediaan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
D. Pengenalan etika kerja Bersih, Cekap dan Amanah

Jawapan = D

 

5. Apakah rujukan Perlembagaan yang digunakan untuk merangka Perlembagaan Malaysia?

A. Jawatankuasa Perkhidmatan Awam
B. Hakim-hakim Komanwel
C. Suruhanjaya Cobbold
D. Suruhanjaya Reid

Jawapan = D

 

Bagi memudahkan anda membuat persediaan, contoh soalan pengetahuan am Pegawai Tadbir Diplomatik ada disediakan dalam ebook rujukan peperiksaan PTD M41. Nota pengetahuan am dan turut disediakan untuk memudahkan anda membuat persiapan.

Sejauh manakah panduan ini boleh membantu anda? Ebook rujukan peperiksaan PTD M41 ini sudah membantu lebih 80,000 orang calon-calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik sejak tahun 2009 lagi. Nota rujukan dan contoh soalan yang dihasilkan merupakan hasil dari perkongsian calon-calon yang pernah menduduki peperiksaan sebenar PTD M41.

 

 

 

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Bahagian Daya Menyelesaikan Masalah berkaitan dengan matemaik dengan 3 pecahan yang utama iaitu :

1. Kemahiran logik
2. Kemahiran menginterpretasi data
3. Konsep-konsep matematik

1. Kemahiran logik – Dalam seksyen kemahiran logik, calon-calon peperiksaan PTD M41 harus mengerahkan seluruh ilmu pengetahuan yang ada termasuklah kemahiran mengaplikasi maklumat dan kemahiran berfikir untuk menentukan jawapan yang betul semasa menyelesaikan masalah yang diberikan.

2. Kemahiran menginterpretasi data – Calon-calon peperiksaan PTD M41 akan diberikan soalan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan angka. Setiap perangkaan yang diperolehi perlu dianalisa supaya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang diberikan. Graf, jadual, carta dan sebagainya amat digalakkan penggunaanya supaya calon-calon mudah mendapatkan jawapan.

3. Konsep-konsep matematik – Konsep matematik dalam peperiksaan PTD M41 meliputi geometri dan algebra yang berada di bawah sukatan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda boleh rujuk buku matematik Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebagai persediaan.

Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan PTD M41 boleh dilihat di bahagian bawah.

 

1. 4 2/3 – 2 jam 55 minit =

A. 1 jam 25 minit
B. 1 jam 35 minit
C. 1 jam 45 minit
D. 1 jam 55 minit

2/3 = 2/3 x 60 20 minit
= 40 minit

4 3 jam 40 100 minit – 2 jam 55 minit
= 1 jam 45 minit

Jawapan = C

 

2. Nazri mempunyai 120 biji buah nangka. Beliau memberi 1/5 buah nangka kepada kawan-kawannya. 1/2 daripada bakinya dijual. Berapakah peratus buah nangka yang masih ada?

A. 30%
B. 40%
C. 50%
D. 60%

(1 – 1/5) = 4/5
= 4/5 x 120 24 = 96

Peratus buah nangka yang tinggal
96 48 x 1/2 = 48
100% x 48 2/120 5 = 2/5 1 x 100 20%
= 40%

Jawapan = B

 

3. Kalidas bekerja dengan gaji bulanan RM2,800 dan gaji Jayakandan kurang RM350 daripadanya. 25% daripada gaji Kalidas digunakan untuk membayar ansuran rumah dan bakinya dibayar oleh Jayakandan dengan jumlah RM1,190. Berapakah peratus gaji Jega yang digunakan untuk membayar ansuran rumah tersebut?

A. 10%
B. 20%
C. 30%
D. 40%

RM1,190 – (25% x RM2,800)
RM1,190 – (25/100 x RM2,800)
RM1,190 – RM700
= RM490

RM490 x 100% ÷ (RM2,800 – RM350)
= 20%

Jawapan = B

 

4. Sebuah kereta berjenama tempatan menggunakan 8 L petrol untuk bergerak sejauh 28 KM. Jika tangki petrol berkenaan diisi dengan 30 L, kirakan baki petrol yang tinggal selepas bergerak sejauh 42 KM.

A. 8 L
B. 12 L
C. 18 L
D. 30 L

42 KM/28 KM x 8 L
= 12 L

30 L – 12 L
= 18 L

Jawapan = C

 

5. Dalam satu perlumbaan kereta, kereta Suzuki berada di hadapan kereta Toyota, kereta Toyota berada di hadapan kereta Mitsubishi. Kereta Mitsubishi berada di hadapan kereta Proton. Kereta manakah yang berada di belakang sekali?

A. Suzuki
B. Proton
C. Toyota
D. Mitsubishi

Jawapan = B

 

Anda yang sudah memiliki pengetahuan asas matematik pasti tidak akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan-soalan daya menyelesaikan masalah yang diberikan. Bagaimana pula jika anda tiada pengalaman dan pengetahuan asas tentang matematik? Pastinya risiko untuk gagal dalam peperiksaan PTD M41 amat tinggi.

Hanya ada satu cara sahaja yang boleh membantu anda membuat persiapan menghadapi peperiksaan PTD M41, iaitu dengan mendapatkan ebook rujukan peperiksaan PTD M41. Dengan memiliki ebook ini, anda boleh mendapatkan gambaran contoh soalan dan jawapan serta bagaimana nak menjawab soalan peperiksaan PTD M41 tersebut.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-m41

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

10 Personaliti Yang Diperlukan Oleh Pegawai Tadbir Diplomatik

10 personaliti yang diperlukan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, anda harus memiliki personaliti yang berkaitan dengan jawatan ini. Sebagai seorang PTD M41, anda bakal menerajui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang meliputi pelbagai bidang contohnya pengurusan, pentadbiran, ekonomi, keselamatan, perhubungan antarabangsa dan kewangan. Berikut ialah 10 personaliti PTD M41 yang diperlukan sebagai rujukan anda.

 

10 personaliti yang diperlukan oleh pegawai tadbir diplomatik

 

1. Berminat dengan profesion PTD M41 – Tanpa minat, apa-apa kerja yang dilakukan tiada manfaatnya. Begitu juga dengan PTD M41, ini adalah kerjaya yang mempunyai tanggung jawab dan amanah yang utama pada negara. Bakti yang dicurahkan haruslah ditunaikan dengan jujur dan ikhlas.

Sebagai pegawai yang mentadbir negara, sikap tenang haruslah disemai semasa menjalankan tugas. Jika tidak, tindakan yang dilakukan bakal dilakukan tanpa kewarasan dan kesabaran. Seorang PTD M41 harus bersikap neutral supaya tanggung jawab dapat dilaksanakan dengan sempurna.

 

2. Berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti – Pendidikan yang disertai dengan ilmu pengetahuan boleh memimpin seorang PTD M41 untuk berjaya dalam hidup. Keperibadian dan kematangan diri diperlukan untuk memastikan anda berjaya. Ilmu pengetahuan yang diperlukan termasuklah hal ehwal perkhidmatan, teknik berkomunikasi, tugas dan tanggung jawab utama dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di mana anda ditugaskan.

Budi pekerti seorang PTD M41 harus disemai dengan rasa hormat menghormati masyarakat berbilang bangsa dan usia, mengutamakan pengurusan masa dan tidak mudah melenting. Sikap dan nilai peribadi harus dihayati supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

 

3. Ketrampilan yang positif – Cerminan sikap positif dalam penampilan seorang PTD M41 dapat dinilai menerusi tahap ilmu pengetahuan dan intelektualnya. Kemahiran mengurus dan mentadbir, menjalankan penguatkuasaan undang-undang, kemahiran berinteraksi dan menggunakan teknologi maklumat dapat membantu menyelesaikan amanah yang diberikan.

Penghayatan nilai-nilai dan etika murni oleh seorang PTD M41 boleh memacu ke arah daya kepimpinan yang terpuji menerusi keupayaan mengatur kerja, mengawal disiplin anggota kepimpinannya, memberi nasihat dan pendapat kakitangan di bawah seliaannya dan kemampuan membina wawasan dan menyusun perancangan di masa hadapan.

Mengutamakan kesaksamaan dan keadilan supaya dapat mengekalkan neuraliti dan integriti dalam perkhidmatan awam amatlah penting bagi seorang PTD M41. Jika wujudnya sikap berat sebelah atau ketidakadilan, maka pincanglah kualiti kerja sebagai seorang pegawai kerajaan.

 

4. Dinamik dan bercita-cita tinggi – Seorang PTD M41 haruslah dinamik dan memiliki rancangan dan strategi yang rapi bagi memastikan cita-citanya tercapai. Rancangan tersebut mestilah dilaksanakan dengan fleksibel dan menumpukan kepada objektif yang utama. Sebagai pegawai yang menerajui pentadbiran negara, ciri-ciri ini haruslah dimiliki bagi memastikan negara dapat dipelihara dan terus maju.

 

5. Boleh adaptasi diri di mana-mana – Kebolehan ini bersifat versatil kerana ia mencerminkan aset yang ada dalam diri seorang PTD M41 seperti bakat yang pelbagai, relevan, berkebolehan dan berani. Sepangjang tempoh berkhidmat, anda akan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, pangkat, darjat, peringkat umur dan kaum.

Apabila anda ditugaskan di kementerian, cabaran yang bakal dihadapi ialah seperti skop tugas yang spesifik mengikut kementerian, birokrasi dan staf-staf kerajaan yang lain. Di luar negara pula, cabaran yang dihadapi pastinya berbeza kerana bakal melibatkan isu keselamatan, cuaca, famili, makanan dan pendidikan anak-anak. Oleh itu seorang PTD M41 harus bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan sepanjang tempoh berkhidmat.

 

6. Minat dengan bidang pengurusan dan pentadbiran – Menjadi seorang PTD M41 melibatkan tanggung jawab berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Anda harus bersedia untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan seperti menyediakan minit mesyuarat, pengurusan wang organisasi, pengurusan organisasi harian, menganjurkan acara dan menguruskan sumber manusia. Tanpa minat untuk mengurus, kerjaya sebagai PTD M41 takkan bertahan lama.

 

7. Sedia bertugas di mana sahaja – Di mana sahaja anda ditempatkan, tunaikanlah tanggung jawab yang diberikan dengan baik. Ini adalah amalan biasa mana-mana staf kerajaan iaitu boleh bekerja di mana sahaja mereka dihantar. Cabaran yang bakal dihadapi adalah seperti perjalanan ke pejabat rasmi yang jauh dari tempat tinggal, pindah barang rumah dan keserasian dengan tempat ditugaskan.

Sebenarnya, setiap kali seorang PTD M41 berpindah tempat bertugas, ia akan memberi kesan positif contohnya kematangan fikiran seorang pegawai, kaya dengan pengalaman dan pertambahan ilmu pengetahuan.

 

8. Menguasai kepelbagaian bahasa – Selain dari bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, seorang PTD M41 harus mengambil inisiatif untuk menguasai bahasa lain seperti Mandarin, Sepanyol, Arab, Jepun dan Sepanyol. Penggunaan pelbagai bahasa boleh memupuk perpaduan, kemesraan dan merapatkan hubungan dengan negara lain.

 

9. Kemahiran komunikasi – Di antara kemahiran utama yang diperlukan oleh seorang PTD M41 ialah kemahiran untuk berkomunikasi dengan pelbagai peringkat usia dan pangkat. Dalam setiap majlis yang diadakan, seorang PTD M41 terlibat dengan pembentangan, ucapan, taklimat, seminar dan bengkel.

Kemahiran dan keupayaan untuk berucap dan memberi taklimat adalah aset yang penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan jelas diterima oleh orang ramai. Interaksi yang betul sesama manusia akan dapat membantu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Komunikasi yang jelas mencerminkan kewibawaan seorang PTD M41 yang komited berbakti untuk negara.

 

10. Tahap kesabaran dan perjuangan infiniti – Sewaktu menunaikan tugas, cabaran, rintangan dan kekangan datang tanpa diundang. Pelbagai pihak yang hadir seperti agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan, persatuan-persatuan, pertubuhan bebas, ahli perniagaan dan ahli politik akan datang memberikan tekanan.

Keputusan yang dibuat oleh seorang PTD M41 pada masa itu pastinya tidak dapat memuaskan hati pelbagai pihak. Oleh itu, keputusan yang diambil haruslah memberi kepentingan kepada masyarakat dari segenap aspek. Sikap putus asa haruslah dijauhi untuk memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

 

8 bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Seorang PTD M41 berpeluang untuk berbakti sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan pegawai kedutaan di luar negara selain dari gaji, elaun dan imbuhan yang lumayan. Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik berkhidmat untuk kerajaan Malaysia, bukan bekerja untuk parti politik. Terdapat 8 skop tugas yang dipertanggung jawabkan kepada seorang PTD iaitu :

  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Pentadbiran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan
  • Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara
  • Pengurusan Sumber Kewangan
  • Pengurusan Sumber Ekonomi

 

Contoh bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

1. Bahagian Polisi Sektoral 1, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

Di bahagian ini, tanggung jawab yang diberikan ialah untuk menggubal, mengkaji semula dasar dan strategi pembangunan sektoral industri keluli dan besi, getah dan kayu, industri berasaskan makanan dan pertanian serta kimia dan keluaran petroleum.

Selain itu, bahagian ini turut bertanggung jawab untuk mengenal pasti dan membangunkan bidang-bidang baru, profil berkaitan industri, memberi input dan merumuskan standard bagi industri-industri tempatan serta membuat penilaian kesan perdagangan pelbagai hala bagi kumpulan industri.

 

2. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Tanah Hulu Langat

Bahagian ini dipertanggung jawabkan untuk menjalankan tugas pentadbiran kakitangan, pengeluaran mesin dan permit, pentadbiran am, urusan bayaran duti pindah milik hartanah dan perjanjian, kutipan bayaran rumah kos rendah dan menguruskan majlis rasmi di peringkat daerah.

 

3. Bahagian Protokol, Kementerian Luar Negeri

Di Bahagian Protokol, tanggung jawab yang dilaksanakan termasuklah sebagai penyelaras dan penasihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan protokol antarabangsa bagi kerajaan Malaysia, menjalankan aktiviti pengesahan diplomatik dan acara-acara rasmi Malaysia, menguruskan khidmat sokongan untuk seluruh lawatan rasmi dan negara-negara luar ke Malaysia serta mengeluarkan hak-hak istimewa dan imuniti untuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan kedutaan-kedutaan luar negeri menurut Konvensyen Vienna.

 

4. Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW)

Unit Gerakan Desa Wawasan – Menyelaras dan memantau program dan dasar Gerakan Desa Wawasan serta menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kedah dan Pahang.

Dasar dan Pembangunan Wilayah – Menyelaras maklum balas mesyuarat utama kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Wilayah Persekutuan dan Sabah, mengurus Dasar-Dasar Makro dan Sektoral KKLW serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan wilayah dan tanah.

Maklumat Makro, Pengkorporatan dan Penswastaan – Menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Pulau Pinang dan Sarawak, mengurus maklumat dan data untuk RMK-8 dan RMK-9, menyelaras dan memantau sektor pembasmian kemiskinan serta menyelaras Rancangan Fizikal Negara.

Dasar Sosial dan Pembangunan Manusia – Pusat hal ehwal wanita, pusat hal ehwal orang asli, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kelantan dan Perak serta menyelaras dokumen dan memantau sektor pembangunan manusia.

Pensyarikatan dan Ekonomi Luar Bandar – Menyelaras dan memantau program Bakti Desa, menyelaras dan memantau ekonomi luar bandar, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Terengganu dan Johor serta menyelaras perjumpaan Menteri dengan badan bukan kerajaan.

Penilaian dan Pembangunan Prasarana – Bertempat di pusat kajian-kajian kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Melaka dan Selangor, menyelaras perancangan kerja untuk 3 bulan dan laporan tahunan bahagian, mengurus hal ehwal pentadbiran bahagian serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan infrastruktur.

Hal Ehwal Antarabangsa dan ICT – Berpusat di CIRDAP, AMRDPE, AARDO dan PREP-SOMRDPE, pusat untuk organisasi antarabangsa, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Perlis dan Negeri Sembilan, menyelaras pembiayaan dan bantuan daripada institusi kewangan antarabangsa serta menyelaras dan memantau sektor ICT.

 

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-m41

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Angina Pektoris Atau Sakit Dada

Angina pektoris atau sakit dada

Angina pektoris dikenali sebagai rasa sakit yang menimpa dada seseorang pesakit. Ia adalah penyakit sementara yang berpunca dari kekurangan aliran darah ke jantung. Angina pektoris atau sakit dada akan berlaku apabila darah yang mengangkut oksigen dan nutrien yang mengalir ke jantung terjejas. Ada keadaan tertentu di mana otot jantung memerlukan lebih bekalan oksigen.

 

angina pektoris atau sakit dada
Jika anda tiba-tiba ditimpa sakit dada, usah ambil remeh perkara tersebut.

 

Contoh keadaan di mana bekalan oksigen lebih diperlukan ialah semasa bersenam atau semasa seseorang individu berada dalam keadaan yang tertekan. Kardiovaskular juga merupakan salah satu punca penyebab angina pektoris. Penyakit ini mempunyai 2 peringkat iaitu stabil dan tidak stabil.

Peringkat stabil merujuk kepada keadaan sakit dada bila melakukan sebarang aktiviti manakala peringkat tidak stabil pula mengalami keadaan sakit dada yang berulang dan berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Rasa sakit akan menimpa walau pun pesakit melakukan aktiviti yang ringan.

Punca sakit angina pektoris

Penyakit angina pektoris dibahagikan kepada risiko boleh ubah dan tidak boleh ubah. Di antara risiko boleh ubah angina pektoris ialah mereka yang terdiri dari golongan :
1. Perokok
2. Tekanan darah tinggi
3. Kadar kolestrol yang tinggi dalam darah
4. Tekanan psikologi
5. Kencing manis (diabetes mellitus)
6. Gemuk (obesiti)

Bagi risiko tidak boleh ubah angina pektoris pula terdiri daripada :
1. Sejarah sakit jantung dari keluarga atau keturunan
2. Pertambahan usia

Faktor pemakanan dan aktiviti seharia turut berpotensi mempengaruhi untuk mendapat sakit angina pektoris. Keadaan cuaca yang tidak boleh diramal seperti terlalu sejuk atau terlalu panas dan aktiviti fizikal turut menyumbangkan kepada risiko ditimpa sakit angina pektoris.

Petanda sakit angina pektoris

1. Sakit mengejut di dada selepas makan atau melakukan senaman.
2. Berasa tidak selesa seakan-akan pedih ulu hati selepas selesai makan.
3. Rasa sakit berlarutan dari 5 hingga 10 minit dan mampu mencapai 30 minit.
4. Pesakit akan turut kelihatan pucat dan ditimpa sesak nafas kerana aliran udara ke jantung sudah berkurangan.
5. Tekanan yang dialami akibat batu karang atau batu pundi hempedu dan juga kayap boleh menjadi punca kepada pesakit ditimpa angina pektoris.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41

Contoh soalan peperiksaan Penerbit Rancangan B41

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan pengambilan bagi jawatan Penerbit Rancangan B41 dan Penolong Penerbit Rancangan B29, sekaligus mengumumkan tarikh peperiksaan yang bakal dijalankan serentak. Contoh soalan peperiksaan Penerbit Rancangan B41 bakal menjadi carian utama tidak lama lagi.

Contoh soalan peperiksaan Penolong Penerbit Rancangan B29 tidak jauh bezanya kerana kedua-dua jawatan ini berada dalam jabatan atau kementerian yang sama. Oleh itu, tidak hairanlah jika kedua-dua peperiksaan ini dijalankan pada waktu dan tarikh yang sama.

 

Rujukan peperiksaan Penerbit Rancangan dan Penolong Penerbit Rancangan

Agak sukar untuk mencari rujukan bagi peperiksaan Penerbit Rancangan dan Penolong Penerbit Rancangan ini, namun begitu penulis berusaha sedaya upaya untuk mencari sumber-sumber rujukan yang berkaitan dengannya. Di bawah adalah beberapa contoh topik-topik yang boleh anda jadikan panduan.

Pastikan anda merujuk kepada maklumat organisasi atau agensi kerajaan di bawah kerana ianya berkait rapat dengan peperiksaan Penerbit Rancangan dan Penolong Penerbit Rancangan.

Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

  • Visi Jabatan
  • Misi Jabatan
  • Objektif Jabatan
  • Dasar Kualiti
  • Piagam Pelanggan Jabatan
  • Organisasi Jabatan

 

Radio

  • Falsafah perancangan siaran radio (termasuk anggaran belanjawan (Budgeting)
  • Strategi rancangan/penerbitan
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Konsep sistem siaran radio
  • Khidmat bantuan

 

Televisyen

  • Falsafah perancangan dan penerbitan TV (termasuk Anugerah Belanjawan (Budgetting)
  • Teknik Penerbitan TV
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Khidmat bantuan

 

Berita

  • Prinsip perancangan dan penerbitan berita
  • Strategi kandungan berita
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Khidmat bantuan

 

Penerbitan Filem

  • Prinsip Rancangan dan Penerbitan
  • Teknik Penerbitan
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Khidmat bantuan

 

Selain itu, anda harus cari maklumat yang berkaitan dengan akta-akta seperti di bawah :

  • Perlembagaan Malaysia
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri
  • Akta Hak Cipta
  • Akta Hasutan
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558)
  • Akta Mencegah Rasuah
  • Akta Penapisan Filem
  • Akta Dadah Berbahaya
  • Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

 

 

contoh soalan peperiksaan penerbit rancangan B41 dan B29

 

Contoh soalan peperiksaan Penerbit Rancangan B41 dan peperiksaan Penolong Penerbit Rancangan B29

Bagi anda yang terlibat dengan peperiksaan Penerbit Rancangan dan Penolong Penerbit Rancangan, sila sertai saluran Telegram di bawah untuk mendapatkan contoh soalan dan sumber rujukan :
[+] https://t.me/PenerbitRancangan

 

Artikel ini berasal dari blog ikhwanfahmi.com

4 Tokoh Dilantik Sebagai Penasihat SPRM

4 tokoh dilantik sebagai penasihat SPRM

Pada 31 Januari 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik 4 orang tokoh sebagai Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM. 4 tokoh dilantik sebagai penasihat SPRM ini berterusan selama 2 tahun bermula 1 Februari 2018 sehingga 31 Januari 2020.

 

4 tokoh dilantik sebagai penasihat sprm
4 tokoh yang dilantik sebagai penasihat Ketua Pengarah SPRM bakal melancarkan lagi aktiviti dalam SPRM.

 

Barisan tokoh penasihat yang berwibawa

4 tokoh yang dilantik sebagai penasihat SPRM ialah Tun Dato’ Seri Zaki Tun Mohamed Azmi (Canselor Universiti MAHSA), Tan Sri Abu Zahar Dato’ Nika Ujang (Pengerusi Indah Water Konsortium Sdn Bhd), Tan Sri Dato’ Dr. Ramon V. Navaratnam (Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia) dan Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye (Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

 

Tugas-tugas penasihat Ketua Pengarah SPRM

Di antara tugas 4 tokoh ini ialah menasihati dan memberi pendapat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berkaitan pendidikan, tindakan operasi, pencegahan dan hal ehwal SPRM bergantung kepada permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Mereka berperanan sebagai kunci komunikasi untuk membawa mesej masyarakat berkaitan hal ehwal rasuah dan penyalah gunaan kuasa di Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. 4 tokoh ini juga bakal menyampaikan mesej dari Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada masyarakat.

Gandingan masyarakat dan SPRM mampu membanteras jenayah rasuah dan penyalah gunaan kuasa di Malaysia.

 

SPRM bakal adakan peperiksaan Pegawai Siasatan P41 dan P29

Semasa peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 diadakan pada 1 November 2014, Timbalan Pesuruhjaya SPRM pada ketika itu, Dato’ Haji Zakaria Hj Jaafar memberitahu kepada pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menggunakan sistem peperiksaan online SPA bagi melantik pegawai-pegawai SPRM tidak lama lagi.

Walau bagaimana pun, peperiksaan online SPRM masih belum diumumkan secara rasmi sehingga hari ini. Sebagai persediaan, anda perlu merujuk kepada perkara-perkara seperti Pengetahuan Am berkaitan SPRM, Daya Menyelesaikan Masalah dan Ujian Psikometrik seperti yang kerap ditanya dalam peperiksaan online SPA.

Sekiranya suatu hari nanti anda terlibat dengan peperiksaan online Pegawai Siasatan P41 dan peperiksaan online Penolong Pegawai Siasatan P29, sila rujuk artikel berkaitan maklumat umum peperiksaan SPRM.