Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Dikorporatkan

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dikorporatkan

Menurut Datuk Seri Najib Razak di suatu Majlis Penghargaan Kastam di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dikorporatkan tidak lama lagi. Tujuan perubahan tersebut untuk menyediakan skim perkhidmatan yang lebih baik untuk pegawai dan kakitangan JKDM.

 

jabatan-kastam-di-raja-malaysia-dikorporatkan
Replika kapal Kastam di Muzium Kastam, Melaka.

 

Kutipan cukai meningkat

JKDM mencatat kecemerlangan dalam kutipan cukaiĀ  yang melancarkan pembangunan negara dan pentadbiran kerajaan. Menurut Perdana Menteri lagi, Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) telah membantu ekonomi rakyat dan negara dalam mengimbangi nilai mata wang dan defisit negara.

Tambah beliau lagi, Malaysia perlukan sistem percukaian yang moden untuk menjadi sebuah negara yang maju. Kutipan CBP berjumlah RM41.2 bilion pada 2016, RM21.9 bilion pada tahun 2015, dan RM35.1 bilion pada 2014.

 

CBP penyelamat negara

Turut diakui oleh Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara yang menyatakan defisit 3.1% akan meningkat kepada 6% hingga 7% dan ringgit akan menjunam bukan sekadar RM4.45 malah RM6 hingga RM7 satu dolar Amerika. Tanpa CBP, negara terpaksa membuat pinjaman wang dari luar.

 

Pengambilan kerjaya Kastam

Sehingga hari ini, JKDM membuat pengambilan menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA). Terdapat 3 jawatan utama yang ditawarkan oleh JKDM iaitu :

 

Setiap jawatan yang ditawarkan memerlukan kelulusan lepasan ijazah, diploma dan SPM. Untuk memohon jawatan sebagai salah seorang anggota JKDM, sila layari laman SPA.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.