Customs Operational Battle Force Response Assault Kukuhkan JKDM

Customs Operational Battle Force Response Assault kukuhkan JKDM

Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam telah dibentuk oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) yang mempunyai 205 Pegawai Penguatkuasa Kastam. Dikenali sebagai Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA), pasukan ini akan mengendalikan kes yang berprofil tinggi.

 

customs operational battle force response assault kukuhkan jkdm
Pasukan COBRA dalam perbarisan semasa latihan ala komando.

 

Gangguan kumpulan tolong orang nak tipu orang (TONTO), ugutan dan halangan kes berisiko tinggi yang mengancam Pegawai Penguatkuasa Kastam menggerakkan fungsi COBRA untuk menjadi pelindung dan penggempur bagi Bahagian Penguatkuasaan JKDM. Pasukan COBRA akan menjadi pelindung kepada pegawai operasi serbuan.

COBRA akan digerakkan ke seluruh Malaysia. Seramai 23 orang pegawai akan menjalani latihan siri pertama yang bertempat di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak. Untuk memasuki COBRA, proses pemilihan dan pengambilan pegawai dijalankan secara berperingkat dan akan diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Setiap negeri di Malaysia akan ditempatkan dengan 25 orang pasukan COBRA dalam masa 2 tahun yang turut mengadakan latihan bersama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Latihan ala komando tersebut akan menjadikan modul VAT 69 atau 69 komando sebagai rujukan.

Pasukan COBRA akan tampil dengan pakaian taktikal, bersenjata api dan bertopeng muka serta bergerak dalam kumpulan yang kecil bergantung kepada kes mengikut risiko tertentu. Buat masa ini, pasukan COBRA akan ditempatkan di ibu pejabat JKDM dan akan dihantar ke kawasan yang mempunyai ancaman atau kes terhadap anggota JKDM.

Sebanyak 80 buah kereta Isuzu D-Max 3.0 yang telah diubahsuai dengan tambahan kamera video dan bar digunakan bagi melancarkan perjalanan bahagian penguatkuasaan JKDM di seluruh negara. Kenderaan tersebut akan digunakan semasa menjalankan operasi dan serbuan untuk mengurangkan risiko keselamatan dan gangguan dari TONTO.

 

Ujian Kaedah Penilaian untuk pegawai kastam

Setiap pegawai lantikan JKDM yang baru akan menjalani Ujian Kaedah Penilaian (IAT) untuk mengukur ketelusan setiap individu menurut skop kerja dan tanggung jawab yang dilaksanakan. JKDM bakal menjadi badan awam yang pertama melaksanakan sistem ini dalam organisasinya.

Ujian IAT yang pertama dihadiri oleh 60 orang pegawai kastam dalam gred WK48. Pegawai-pegawai kastam yang lain juga bakal menduduki ujian ini sehingga mencapai 14,000 orang anggota.

Ujian ini diadakan bagi memartabatkan integriti dan pengurusan serta menghapuskan gejala rasuah dalam JKDM. Keputusan ujian IAT turut digunakan untuk penempatan kursus dan kenaikan pangkat dalam JDKM.

Kerjasama JKDM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri

JKDM turut bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan data yang berkaitan dengan urusan percukaian. 2 agensi kerajaan ini boleh membantu kerajaan menambah kutipan cukai. Maklumat yang dikongsi boleh digunakan untuk pemadanan data dan tindakan yang sewajarnya diambil kepada pembayar cukai.

Kerjasama JKDM dan LHDN mampu menjayakan penguatkuasaan dan pematuhan cukai secara efektif serta menyelesaikan ketirisan cukai dan pasaran gelap untuk meningkatkan ekonomi negara.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.