Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada mengumumkan pengambilan bagi jawatan Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan untuk ditempatkan di SPRM. Proses pengambilan bermula dengan tapisan calon-calon yang memenuhi syarat dan layak ke peperiksaan. Contoh soalan peperiksaan Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29 bakal menjadi tumpuan bila peperiksaan hampir tiba.

 

contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-siasatan-sprm
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama pegawai-pegawai SPRM.

 

Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan mempunyai gred yang bermula dengan P29, P31, P37, P41, P43, P47, P51 dan P53 seperti yang dinyatakan menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia dikategorikan sebagai kumpulan Pelaksana atau Pengurusan dan Profesional. Gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut :

contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-siasatan-sprm-gaji-sprm

 

Syarat lantikan Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29

Untuk menjadi seorang Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29, pemohon mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun.

Bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, pemohon mestilah memiliki :

  • Diploma dalam bidang undang-undang, pengajian perniagaan, perakaunan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,824.
  • Diploma dalam bidang ukur bahan, seni bina atau kejuruteraan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,863.82.

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P41

Untuk lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P41, calon-calon mestilah memiliki :

  • Ijazah Sarjana Muda (kepujian) yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,502 atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,616.65 atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam seni bina, ukur bahan atau kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,732.18 atau

 

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau
  • Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau

 

  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM3,194.30.

 

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P31 atau Gred P37

Calon yang layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik yang bersetuju untuk lantikan terus ke Gred 31 atau Gred 37 yang masih kosong sekiranya menepati syarat-syarat seperti :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan dan syarat Bahasa Melayu
  • Memiliki pengalaman yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Gaji yang ditawarkan pada Gred P31 ialah RM3,159 manakala Gred P37 ialah RM3,817.

 

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P43, P47, P51 atau Gred P53

Calon yang layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik yang bersetuju untuk lantikan terus ke Gred P43, P47, P51 atau Gred P53 yang masih kosong sekiranya menepati syarat-syarat seperti :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan dan syarat Bahasa Melayu
  • Memiliki pengalaman yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Gaji yang ditawarkan pada Gred P43 ialah RM4,009, Gred P47 RM5,374, Gred P51 RM6,108 dan Gred P53 RM6,878.

 

Syarat Bahasa Melayu

Calon yang mendapat lantikan perlu memiliki Kepujian, minimum Gred C bagi Bahasa Melayu ditahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang setaraf dan mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia.

 

Syarat Peningkatan SPRM Secara Latihan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Keselamatan layak mendapat pertimbangan Pihak Berkuasa Melantik berkaitan dengan Peningkatan Secara Latihan untuk Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 bergantung kepada kekosongan jawatan yang ditawarkan, bila sudah disahkan perkhidmatannya dan memiliki :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan atau lulus Peperiksaan Khas dan
  • Berusia tidak lebih 54 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 55 atau 56 tahun atau
  • Berusia kurang dari 56 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 60 tahun.

 

Tugas-tugas Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan

Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan mempunyai skop tugas dan tanggung jawab yang sama merangkumi Aspek Siasatan, Aspek Latihan, Aspek Perisikan, Aspek Perundangan dan Pendakwaan, Aspek Pemeriksaan dan Perundingan, Aspek Pendidikan Masyarakat, Aspek Keselamatan, Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am dan Aspek Penyelidikan dan Perancangan.

 

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM

Meskipun Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan jawatan ini berbeza dari segi gred, tetapi ia berada dalam Kementerian/Jabatan yang sama. Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM akan dikarang berdasarkan kepada maklumat dari SPRM sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.

Untuk mendapatkan contoh soalan sebenar peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan, sila ke saluran Telegram Penolong Pegawai Siasatan.

 

Berikut ialah contoh soalan pengetahuan am bagi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.

1. Apakah nama unit kecil yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mencegah rasuah?
2. Siapakah yang dipertanggung jawabkan untuk mengendalikan unit kecil tersebut?
3. Namakan pihak yang menjalankan aktiviti pendakwaan kes rasuah.
4. Namakan badan kerajaan yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 menerusi gabungan 3 agensi kerajaan.
5. Apakah tujuan Biro Siasatan Negara diperkenalkan pada 29 Ogos 1973?

6. Apakah perubahan yang berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diperkenalkan pada 13 Mei 1982?
7. Mengapakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkenalkan?
8. Sebutkan 4 fungsi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan integriti dalam SPRM?
10. Nyatakan fungsi Jabatan Siasatan yang terdapat dalam SPRM.

11. Nyatakan fungsi Bahagian Pendidikan Masyarakat yang terdapat dalam SPRM.
12. Apakah peranan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan?
13. Jelaskan fungsi Jabatan Perisikan.
14. Apakah nama bahagian yang bertanggung jawab menjaga aspek keselamatan perlindungan, personel, fizikal, dokumen dan ICT SPRM?
15. Apakah makna tegas dalam SPRM?

16. Sebutkan 4 daripada 5 badan khas yang bebas menjadi penasihat kepada SPRM.
17. Apakah tugas spesifik bagi Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat?
18. Berapakah jumlah minimum bagi amaun yang berkaitan dengan kes-kes berprofil tinggi yang disiasat menerusi Badan Operasi Khas?
19. Bagaimanakah pemberi maklumat berkaitan rasuah mendapat jaminan keselamatan?
20. Kenapa maklumat yang berkaitan dengan kejadian rasuah mesti dilaporkan kepada SPRM?

Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Siasatan

Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Siasatan

Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 mempunyai ringkasan tugas iaitu menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kepentingan ekonomi dan hasil negara. Skop fungsi dan bidang tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 ini dapat dilihat secara terperinci seperti di bawah.

 

skop fungsi dan bidang tugas penolong pegawai siasatan
Majlis sambutan penubuhan SPRM yang ke 50.

 

Aspek Siasatan

  • Menjalankan siasatan kes di bawah APR 1997 dan AMLATFA 2001.
  • Mengkaji maklumat yang hendak dibuat aduan atau menemubual pengadu yang hendak membuat aduan.
  • Membuat perancangan dan mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan terbuka sama ada secara operasi pembongkaran, operasi mengejut, operasi perangkap atau siasatan biasa.

 

  • Menjalankan pembongkaran, penyemakan dokumen dan penyitaan dokumen atau harta benda yang berkaitan.
  • Merancang, mengesan saksi dan bertindak mengambil pernyataan saksi dan OTT.
  • Menjalankan money trial dan asset tracing untuk mengesan wang hasil rasuah terutamanya yang melibatkan harta yang berlebihan menggunakan forensik perakaunan.

 

  • Membuat pemeriksaan ke atas struktur-struktur bangunan yang disyaki dibina tidak mengikut spesifikasi dengan menggunakan kaedah forensik kejuruteraan.
  • Mengesan jenayah rasuah yang menggunakan ICT dan siber dengan menggunakan kaedah forensik komputer.
  • Membuat semakan dokumen-dokumen bank, perakaunan dan baucar pembayaran bagi mengesan transaksi rasuah.

 

  • Mengemas kini pernyataan saksi dan OTT dan dokumen bagi penyediaan fakta kes, summary of evidence dan prosecution brief, seterusnya minit kertas siasatan kepada Ketua Cawangan.
  • Melaksana dan menyediakan proses penahanan OTT di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
  • Menguruskan dan menjalankan soal siasat ke atas orang tahanan.

 

  • Proses melepaskan OTT, penyediaan LBPR, surat nasihat atau pertuduhan OTT di mahkamah, seterusnya semua tugas dalam pendakwaan dan perbicaraan.
  • Menyediakan dan membekalkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam salinan dokumen-dokumen awam yang dikehendaki untuk proses penyediaan Kertas Pertuduhan.
  • Menyediakan laporan pakar bagi penyiasatan forensik kejuruteraan dalam sesuatu penyiasatan SPRM.

 

  • Memberi bantuan pemeriksaan kejuruteraan dan pengambilan sampel semasa operasi pemeriksaan tapak atau siasatan biasa, tugasan pegawai adalah On Scene Forensic Analysis and Investigation.
  • Mendapatkan bantuan dan memberi bantuan kepada agensi pencegahan rasuah berkaitan dalam penyiasatan kes rasuah di sesebuah negara.
  • Menyempurnakan sapina dan waran tangkap ke atas saksi atau suspek atas permintaan agensi pencegahan rasuah negara lain.

 

 

Aspek Pendidikan Masyarakat

  • Menyampaikan ceramah pencegahan rasuah kepada kumpulan sasaran sektor awam, swasta, pelajar, NGO dan parti politik serta orang ramai.
  • Membantu menyelaraskan program-program seperti seminar, forum dan bengkel.
  • Melaksanakan program dialog, diskusi, majlis penerangan, taklimat dan wacana kepada sektor awam, swasta, pelajar, NGO dan politik.

 

  • Menyelaraskan dan mengatur program-program yang melibatkan sektor pelajar seperti Kem Sahsiah Pelajar, Konvensyen Rakan Muda, Pertandingan Pidato BM/BI, Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Teater KOMSAS, Aktiviti Kelab Pencegahan Rasuah, Sekretariat Pencegahan Rasuah IPTA/IPTS, Debat Anti Rasuah IPTA/IPTS dan Program Anak Angkat.
  • Menyelaraskan dan melaksanakan program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong dan gerak mesra.
  • Menyelaraskan dan melaksanakan program-program penerapan nilai-nilai murni dan integriti untuk kumpulan sasaran.

 

  • Membuat persembahan bermesej menggunakan pendekatan muzikal yang mengandungi lagu-lagu anti rasuah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang gejala rasuah kepada masyarakat.

 

Aspek Pemeriksaan dan Perundingan

  • Mengkaji dasar, undang-undang, peraturan serta amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh sesebuah jabatan kerajaan yang membuka ruang dan peluang berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta membuat perakuan untuk membaikinya.
  • Meneliti laporan-laporan risikan, siasatan, BPA, audit dan lain-lain laporan yang menjadi asas tindakan untuk tujuan pemeriksaan amalan, sistem dan tatacara sesuatu aktiviti.
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan.

 

  • Menyediakan Laporan Pemeriksaan berhubung dengan amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan.
  • Membantu memberi khidmat nasihat kepada sesebuah jabatan kerajaan tentang cara bagaimana rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dicegah dengan berkesan oleh jabatan kerajaan berkenaan.
  • Membuat pemantauan ke atas kemajuan pelaksanaan cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan membuat Laporan Pemantauan.

 

  • Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan dalaman di SPRM bagi mengemas kini dan memperbaiki atau membangunkan sesuatu sistem dan tatacara tertentu.
  • Mengkaji serta menganalisis aduan dan maklumat bagi mengenal pasti dasar, undang-undang, peraturan, sistem dan tatacara sesebuah jabatan kerajaan yang perlu diperkemas.
  • Membantu Pegawai Perunding dalam tugas-tugas pemeriksaan, dan khidmat nasihat mengenai amalan, sistem dan tatacara sesebuah jabatan kerajaan.

 

  • Membantu menyediakan anggaran belanja mengurus/pembangunan tahunan Bahagian Pencegahan.
  • Mengumpul dan menganalisis data untuk dibuat pemeriksaan dan membangunkan pangkalan data yang ada kaitan dengan sistem dan tatacara sesebuah jabatan kerajaan.

 

Aspek Perundangan dan Pendakwaan

  • Menjalankan pendakwaan di Mahkamah Rendah.
  • Berurusan dengan Timbalan Pendakwa Raya.
  • Membuat laporan BPR 9 sebelum dihantar ke Bahagian Pendakwaan Ibu Pejabat.

 

  • Membuat laporan statistik kes pendakwaan.
  • Membuat laporan kes pendakwaan yang telah selesai.
  • Menguruskan permohonan sapina dan lain-lain permohonan bersangkutan dengan perbicaraan.

 

  • Membuat urusan dengan pihak Mahkamah Rendah dan Tinggi.

 

Aspek Penyelidikan dan Perancangan

  • Mengumpul dan mendapatkan data-data/maklumat berhubung program-program PenMas, merekod dan menyimpan di dalam database.
  • Menyediakan Laporan Harian, Laporan Mingguan, Laporan Bulanan, Laporan Suku Tahun, Laporan Tahunan Bahagian dan SPRM.
  • Menyelaras dan menjalankan Kajian Keberkesanan Program-Program Pencegahan Rasuah di seluruh negara.

 

  • Membantu merangka soalan-soalan kaji selidik dan menjadi Enumerator bagi kajian-kajian yang dijalankan.
  • Menyediakan takwim aktiviti program PenMas Ibu Pejabat dan negeri-negeri.
  • Menyediakan kertas cadangan dan kertas dasar program aktiviti (bajet) PenMas.

 

  • Menyediakan anggaran bajet program-program pencegahan rasuah diperingkat bahagian.
  • Menyelaraskan urusan pembelian dan perolehan yang dipohon oleh bahagian.
  • Menyediakan kertas konsep, kertas cadangan dan kertas kerja aktiviti di peringkat Ibu Pejabat.

 

  • Menyelaraskan perlaksanaan MS ISO 9000:2000 Bahagian PenMas.
  • Menyedia dan menyelaraskan Laporan Maklum Balas JKP PenMas.
  • Mencerakinkan Borang Laporan Program-Program Bahagian PenMas di seluruh negara dan membuat analisis/pelaporan.

 

  • Menyelaras perjalanan kursus-kursus anjuran bahagian dan lain-lain aktiviti berhubung pemantapan pegawai PenMas seluruh negara.

 

Aspek Latihan

  • Membantu mengendali dan menyelaras program latihan yang berkaitan dengan aktiviti siasatan, perisikan, perundangan, pendakwaan, pemeriksaan dan perundingan, pendidikan masyarakat, latihan, pengurusan, pentadbiran dan kewangan dan kursus pencegahan rasuah yang melibatkan peserta-peserta luar negara.
  • Membantu mengendali dan menyelaras Kursus Perakaunan Forensik, Kursus Pembinaan Forensik dan Kursus Komputer Forensik.
  • Membantu memantau dan memastikan peralatan dan bahan kursus disediakan sepenuhnya.

 

  • Membantu memantau dan memastikan Borang Penilaian Kursus dan Borang Penilaian Penceramah disediakan secukupnya dan diedarkan kepada peserta serta dikembalikan untuk penyediaan laporan.
  • Menyampaikan ceramah dan menjadi fasilitator untuk latih amal dalam kursus yang dianjurkan oleh MACA.
  • Membantu dalam urusan pentadbiran Program Diploma Kepolisan (PDRM-UKM) dan Program Diploma Sains Siasatan.

 

  • Membantu dalam mengendalikan penyelidikan latihan kajian penilaian impak kursus, analisis keperluan latihan, penilaian latihan dan penilaian penceramah.
  • Membantu dalam urusan melaksanakan program sandaran di luar negara seperti ICAC Hong Kong, ICAC New South Wales, Australia, CPIB Singapura, FBI Amerika Syarikat dan sebagainya.
  • Membantu dalam penyediaan kertas cadangan bagi penganjuran kursus/latihan.

 

  • Membantu mengelola dan menyelaras lawatan pelawat dalam dan luar negara ke MACA.
  • Membantu dalam mengelola dan urusan penganjuran konvensyen peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh SPRM.
  • Membantu dan mengendali kursus asas/kenaikan pangkat untuk pegawai-pegawai SPRM seperti Kursus Asas Pengawal, Kursus Kepimpinan dan Pengurusan dan Kursus Asas Pegawai SPRM.

 

  • Menjadi jurulatih aktiviti luar bagi kursus asas dan kursus yang dianjurkan oleh MACA.
  • Menyelenggara dan menyediakan alat-alat bantuan teknik yang digunakan semasa kursus sedang berjalan.

 

Aspek Keselamatan

  • Membantu Ketua Unit Keselamatan Fizikal, Unit Keselamatan Dokumen, Unit Keselamatan ICT dan Unit Keselamatan Peribadi.
  • Membantu mengurus kawalan keselamatan fizikal pejabat.
  • Membantu mengurus kawalan kad akses dan pas keselamatan.

 

  • Membantu mengurus kawalan kunci keselamatan dan bekas keselamatan.
  • Membantu mengurus pendaftaran rahsia rasmi.
  • Membantu mengurus kawalan keselamatan penghantaran, pergerakan dan penyimpanan dokumen berperingkat.

 

  • Membantu mengurus pelantikan pegawai pengelasan.
  • Membantu mengurus kawalan keselamatan maklumat dan rangkaian ICT.
  • Membantu mengurus keselamatan peribadi dan kawalan rahsia rasmi.

 

  • Membantu mengurus penyediaan profil dan tapisan keselamatan peribadi.
  • Membantu mengurus permohonan, pengeluaran dan kawalan kad kuasa.

 

Skop fungsi dan tugas-tugas Penolong Pegawai Siasatan yang lain

  • Melaksanakan tugas-tugas berjadual dan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
  • Mengurus penugasan pegawai-pegawai di cawangan dan unit masing-masing.
  • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

  • Membantu Ketua Unit dan Ketua Cawangan untuk mengawal selia pelaksanaan aktiviti-aktiviti bahagian.
  • Pegawai bertugas Parlimen.

 

Pengurusan organisasi

  • Mengurus program latihan anggota.
  • Memantau disiplin serta etika kerja.
  • Mengurus program-program jabatan.
  • Menilai prestasi anggota di bawah seliaan.

 

Hubungan kerja dalaman

  • Pengurusan Tertinggi.
  • Antara Bahagian.
  • Negeri/Cawangan.

 

Hubungan kerja luaran

  • Semua Kementerian/Jabatan di peringkat Persekutuan dan Negeri, semua agensi/Badan Berkanun, semua Kerajaan Tempatan, sektor swasta dan individu yang berurusan.
  • Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
    Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa.
  • Media.

 

  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
  • Government Linked Company (GLC).
  • Government Owned Company (GOC).
  • Persatuan dan Pertubuhan Politik.

 

Persekitaran kerja

  • Di dalam dan luar pejabat.
  • Di dalam dan luar negara.
  • Di dalam mahkamah dengan hal-hal berkaitan pendakwaan.

 

Kebolehan yang diutamakan untuk menjadi Penolong Pegawai Siasatan (pengetahuan/kemahiran)

  • Mempunyai kemahiran menyiasat dan merisik.
  • Mempunyai kemahiran untuk menganalisis isu.
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan peraturan/dasar/undang-undang.

 

  • Mempunyai pengetahuan berkaitan tadbir urus.
  • Mempunyai kemahiran berunding (negotiation skill).
  • Mempunyai kemahiran mempengaruhi (persuasion skill).

 

  • Mempunyai kemahiran menulis laporan (report writing).
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi.
  • Mempunyai kemampuan dalam mengendalikan kes-kes pendakwaan.

 

  • Merancang dan menyelaras program-program yang berkaitan dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dalam pencegahan rasuah.
  • Memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan latihan dan kursus.
  • Memiliki kemahiran pengendalian senjata api dan keselamatan.

 

  • Mempunyai kemahiran-kemahiran khusus seperti kejuruteraan,perakaunan, ICT dan sebagainya.

 

Sifat-sifat Penolong Pegawai Siasatan yang bersesuaian dengan jawatan

  • Amanah, benar dan telus
  • Adil
  • Bersyukur

 

  • Bijaksana dan disiplin
  • Profesional
  • Tegas

 

  • Bekerjasama
  • Komitmen
  • Taat setia

 

  • Proaktif dan serba boleh (versatile)

 

Ancaman/bahaya semasa Penolong Pegawai Siasatan bertugas

  • Terdedah kepada bahaya dan ancaman semasa menjalankan tugas seperti ugutan, khianat, ditembak dan sebagainya.
  • Terdedah kepada tekanan mental dan kesihatan.
  • Ancaman terhadap keselamatan diri, keluarga, harta benda dan organisasi.