Contoh Soalan Temuduga Jururawat

Contoh soalan temuduga jururawat

Bagi calon-calon yang mendapat tawaran jawatan jururawat, pengambilan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) pasti memerlukan contoh soalan temuduga jururawat sebagai persediaan.

 

contoh soalan temuduga jururawat
Kerjaya dalam bidang perubatan seperti doktor dan jururawat sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

 

Berikut ialah contoh soalan temuduga jururawat yang boleh digunakan untuk persediaan temuduga jururawat dan temuduga latihan jururawat. Mereka yang terlibat dengan temuduga jururawat PSL (perlantikan secara latihan) juga boleh menggunakan contoh soalan jururawat ini.

1. Sila perkenalkan diri anda
2. Dari manakah kamu berasal?
3. Mengapa anda memilih jururawat sebagai kerjaya?
4. Anda fikir anda layak ke jadi jururawat?
5. Anda seorang lelaki (untuk lelaki), mengapa memilih kerjaya jururawat, sedangkan perkerjaan ini sinonim dengan perempuan?

6. Jangan jadi jururawatlah, jadi surirumah lagi baik
7. Apakah perbezaan antara klinik dan hospital?
8. Apakah fungsi organ-organ dalam badan?
9. Apakah itu penyakit kardiovaskular?
10. Apa yang anda faham tentang piramid makanan?

11. Apakah BMI?
12. Bagaimanakah cara untuk mengira BMI?
13. Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
14. Apa yang anda tahu tentang tugas-tugas jururawat?
15. Adakah anda sanggup keluar malam?

16. Basuh berak orang?
17. Sanggupkah anda bertugas di kawasan pedalaman?
18. Apakah jadual tugas jururawat?
19. Apakah anda tahu tentang tubuh anda?
20. Boleh anda terangkan tentang 3 jenis tulang?

21. Apakah nama jantung dalam bahasa inggeris?
22. Sebutkan rukun Negara
23. Terangkan maksud bendera Malaysia serta warnanya
24. Apakah nama Menteri Kesihatan?
25. Apakah nama Timbalan menteri kesihatan?

26. Berapa kolej jururawat yang ada di Malaysia?
27. Apakah pengalaman yang anda rasa anda boleh jadi jururawat?
28. Awak fikir awak layak ke jadi jururawat ni?
29. Sebelum berakhir sesi temuduga ini, ada apa-apa yang anda mahu katakan kepada kami?

 

Cara Daftar Latihan Separa Perubatan Gred U29

Cara daftar latihan Separa Perubatan Gred U29

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sudah mengumumkan pengambilan Separa Perubatan U29 untuk tahun 2018. Individu yang berminat untuk mengetahui cara daftar latihan Separa Perubatan Gred U29 perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh SPA.

Ciri-ciri yang diperlukan untuk memasuki Latihan Separa Perubatan adalah seperti berikut :

  • Mempunyai ketrampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

 

cara-daftar-latihan-separa-perubatan-gred-u29
Persaingan untuk memasuki latihan Separa Perubatan adalah amat sengit kerana kekosongan yang ditawarkan amatlah terhad.

 

Latihan yang ditawarkan dalam Separa Perubatan

Untuk lepasan SPM, Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan ialah :

  • Juru X-Ray
  • Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Jururawat
  • Jururawat (PSL)
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Juruterapi Pergigigan
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Penolong Pegawai Persekitaran
  • Penolong Pegawai Perubatan

1,582 kekosongan

 

Untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Pembantu Kesihatan Awam

156 kekosongan

 

Anda boleh klik pada salah satu pautan di bawah untuk mengisi borang SPA8i :
https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

 

Selepas daftar nak buat apa?

Anda perlu menunggu SPA menapis permohonan anda. Kemudian, SPA akan mengeluarkan notis kepada calon-calon yang layak untuk membuat semakan menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Bagi mereka yang layak, slip peperiksaan akan dikirim menerusi emel. Dari situ anda akan tahu bilakah tarikh dan masa peperiksaan Separa Perubatan diadakan.

 

Soalan peperiksaan Separa Perubatan

Mengikut rekod peperiksaan Separa Perubatan yang lepas, ada satu seksyen soalan Pengetahuan Am sahaja yang ditanya. Anda perlu mengetahui sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan Separa Perubatan dan pecahan-pecahan program yang terdapat di dalamnya.

Selain itu, anda perlu tahu isu-isu seperti kesihatan, kesukanan, sains dan alam sekitar. Untuk memudahkan anda membuat persediaan peperiksaan, saya cadangkan anda dapatkan nota percuma Separa Perubatan.

Isikan nama dan emel anda pada borang di bawah. Selepas itu, anda perlu semak emel untuk membuat pengesahan sebelum nota percuma Separa Perubatan dihantar kepada anda. Pastikan anda sentiasa memeriksa emel untuk menerima berita dari kami dari masa ke semasa.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Syarat Permohonan Latihan Separa Perubatan

Syarat permohonan latihan Separa Perubatan

Separa Perubatan merupakan satu program yang diuruskan oleh Badan Pengambilan Khas bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Syarat permohonan Separa Perubatan terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu :

1. Program sijil. Pemohon diwajibkan untuk memiliki sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Ujian Lisan, Sains dan Matematik. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mendapat keputusan lulus untuk subjek Bahasa Inggeris.

Program latihan sijil yang dikendalikan ialah Latihan Jururawat Masyarakat, Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian dan Latihan Pembantu Kesihatan Awam.

 

2. Program diploma. Pemohon diwajibkan untuk memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang mendapat pengiktirafan dan sama taraf dengannya dengan lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan termasuk lulus 6 subjek dan 2 daripadanya mendapat kepujian dan yang lain mestilah di tahap lulus.

Program latihan diploma yang dikendalikan ialah Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota), Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja), Latihan Jururawat, Latihan Jururawat Pergigian, Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan, Latihan Juruteknologi Pergigian, Latihan Juru X-Ray, Latihan Penolong Pegawai Farmasi dan Latihan Penolong Pegawai Perubatan.

 

syarat-permohonan-latihan-separa-perubatan
Selidik syarat-syarat permohonan sebelum memilih bidang Separa Perubatan.

 

Cara mendaftar permohonan Separa Perubatan

Setiap permohonan wajib dilakukan secara online menerusi portal rasmi SPA. Jika terpilih, calon-calon yang disenaraikan akan mendapat emel dari SPA berkaitan panggilan peperiksaan online Separa Perubatan. Anda boleh merujuk artikel cara daftar latihan Separa Perubatan Gred U29 untuk maklumat lanjut.

 

Peperiksaan online Separa Perubatan

Bagi pemohon yang layak, SPA akan memanggil calon-calon untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Peperiksaan online ini akan diadakan pada waktu malam di sekitar jam 8.00 malam ke atas. Oleh itu anda haruslah membuat persediaan dari segi pengetahuan yang berkaitan dengan Separa Perubatan dan talian internet yang stabil.

Terdapat 2 seksyen soalan yang bakal ditanya semasa peperiksaan dijalankan. Pihak SPA akan memberitahu apakah skop soalan Separa Perubatan yang akan keluar menerusi semakan online. Dari situ calon-calon yang layak akan dimaklumkan tentang masa, tarikh dan seksyen-seksyen soalan yang bakal keluar.

Dalam slip peperiksaan yang dibekalkan, ada 2 seksyen soalan yang akan disoal iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Seksyen Pengetahuan Am berkisar tentang informasi yang berkaitan dengan bidang perubatan, kesihatan, penyakit, pentadbiran Malaysia dan teknologi maklumat. Untuk seksyen Ujian Psikometrik, ia lebih kepada soalan untuk menentukan kecenderungan minat calon.

 

Rujukan peperiksaan Separa Perubatan

Jika dilihat pada buku-buku yang terdapat di pasaran, tiada rujukan khusus yang berkaitan dengan Separa Perubatan. Ianya amat sukar ditemui dan berkemungkinan hanya boleh didapati secara online sahaja.

Oleh itu anda yang berminat untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan boleh mendapatkan rujukan di bawah ini.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Angina Pektoris Atau Sakit Dada

Angina pektoris atau sakit dada

Angina pektoris dikenali sebagai rasa sakit yang menimpa dada seseorang pesakit. Ia adalah penyakit sementara yang berpunca dari kekurangan aliran darah ke jantung. Angina pektoris atau sakit dada akan berlaku apabila darah yang mengangkut oksigen dan nutrien yang mengalir ke jantung terjejas. Ada keadaan tertentu di mana otot jantung memerlukan lebih bekalan oksigen.

 

angina pektoris atau sakit dada
Jika anda tiba-tiba ditimpa sakit dada, usah ambil remeh perkara tersebut.

 

Contoh keadaan di mana bekalan oksigen lebih diperlukan ialah semasa bersenam atau semasa seseorang individu berada dalam keadaan yang tertekan. Kardiovaskular juga merupakan salah satu punca penyebab angina pektoris. Penyakit ini mempunyai 2 peringkat iaitu stabil dan tidak stabil.

Peringkat stabil merujuk kepada keadaan sakit dada bila melakukan sebarang aktiviti manakala peringkat tidak stabil pula mengalami keadaan sakit dada yang berulang dan berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Rasa sakit akan menimpa walau pun pesakit melakukan aktiviti yang ringan.

Punca sakit angina pektoris

Penyakit angina pektoris dibahagikan kepada risiko boleh ubah dan tidak boleh ubah. Di antara risiko boleh ubah angina pektoris ialah mereka yang terdiri dari golongan :
1. Perokok
2. Tekanan darah tinggi
3. Kadar kolestrol yang tinggi dalam darah
4. Tekanan psikologi
5. Kencing manis (diabetes mellitus)
6. Gemuk (obesiti)

Bagi risiko tidak boleh ubah angina pektoris pula terdiri daripada :
1. Sejarah sakit jantung dari keluarga atau keturunan
2. Pertambahan usia

Faktor pemakanan dan aktiviti seharia turut berpotensi mempengaruhi untuk mendapat sakit angina pektoris. Keadaan cuaca yang tidak boleh diramal seperti terlalu sejuk atau terlalu panas dan aktiviti fizikal turut menyumbangkan kepada risiko ditimpa sakit angina pektoris.

Petanda sakit angina pektoris

1. Sakit mengejut di dada selepas makan atau melakukan senaman.
2. Berasa tidak selesa seakan-akan pedih ulu hati selepas selesai makan.
3. Rasa sakit berlarutan dari 5 hingga 10 minit dan mampu mencapai 30 minit.
4. Pesakit akan turut kelihatan pucat dan ditimpa sesak nafas kerana aliran udara ke jantung sudah berkurangan.
5. Tekanan yang dialami akibat batu karang atau batu pundi hempedu dan juga kayap boleh menjadi punca kepada pesakit ditimpa angina pektoris.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!