Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan pengambilan untuk jawatan Penguasa Kastam Gred WK41. Tapisan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 diadakan menerusi peperiksaan online yang dikendalikan sendiri oleh SPA. Calon-calon yang tersenarai pasti perlukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41.

 

contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-wk41
Wisma Kastam di Pulau Pinang.

 

Peperiksaan online Penguasa Kastam Gred WK41

Seksyen yang terdapat dalam peperiksaan Penguasa Kastam WK41 terbahagi kepada 2 seksyen yang utama, iaitu :

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

Seksyen A : Pengetahuan Am Penguasa Kastam WK41

Berikut ialah contoh soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam WK41 yang boleh anda gunakan untuk persediaan menjelang peperiksaan. Ia bukanlah soalan sebenar, tetapi ditulis semula berdasarkan soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang pernah dianjurkan oleh peperiksaan terdahulu.

Untuk mendapatkan contoh soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam, sila ke saluran Telegram Penguasa Kastam WK41.

1. Cukai langsung dan cukai tidak langsung adalah sumber pendapatan kerajaan Persekutuan Malaysia. Contoh cukai langsung ialah

A. Cukai jalan
B. Duti setem
C. Duti eksais
D. Duti eksport

 

2. Jika perdagangan di antara Malaysia dengan China mendatangkan keuntungan kepada Malaysia, ini bermaksud

A. Eksport Malaysia ke China melebihi import
B. Import Malaysia daripada China melebihi eksport
C. Pendapatan import Malaysia melebihi kos pengeluaran
D. Malaysia mengeksport ke China tanpa cukai tambahan

 

3. UNESCO mengiktiraf Tapak Warisan Dunia dalam kategori Tapak Semulajadi adalah seperti berikut

I. Taman Negara Mulu
II. Taman Negara Pahang
III. Taman Negara Kinabalu
IV. Taman Negara Kelantan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

 

4. Restoran makanan segera di Malaysia mempamerkan lesen jenis

A. Lesen cukai perkhidmatan
B. Lesen cukai pendapatan
C. Lesen cukai syarikat
D. Lesen cukai jualan

 

5. Berikut adalah senarai pegawai yang mempunyai kuasa sebagai seorang Penguasa Kastam KECUALI

A. Penguasa Polis
B. Pegawai Daerah
C. Pegawai Imigresen
D. Pegawai Kanan Kastam

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

 

Jangan lupa untuk sertai saluran Telegram Penguasa Kastam WK41 untuk lebih banyak informasi terkini!

Sambutan Hari Kastam Sedunia Di Malaysia

Sambutan hari kastam sedunia di Malaysia

Hari kastam disambut pada 26 Januari setiap tahun. Baru-baru ini semasa sambutan hari kastam sedunia di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) menempa kejayaan dalam menyelamatkan hasil negara yang bernilai lebih RM1 bilion.

 

sambutan hari kastam sedunia di malaysia
Sambutan hari kastam sedunia di Malaysia disambut pada setiap 26 Januari setiap tahun.

 

JKDM dan COBRA berganding bahu

JKDM dan pasukannya berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan yang melibatkan komoditi seperti minuman keras, kenderaan dan rokok. Tanpa semangat integriti yang maksimum di kalangan pegawai kastam, ketirisan hasil pasti tak dapat dielakkan. Biar pun berdepan dengan pelbagai risiko, JKDM dan unit COBRA pasti tidak akan berundur.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan menyatakan kadar Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan. GST dilaksanakan untuk membantu merancakkan ekonomi negara, bukan untuk membebankan rakyat. Sumber kewangan negara yang stabil dan bertambah mampu memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia.

 

Kutipan GST disasarkan RM45 bilion

Menurut beliau lagi, pelaksanaan GST membolehkan 1.6 juta orang penjawat awam menerima bayaran khas. Kutipan GST pada tahun 2017 berjumlah RM44 bilion manakala pada tahun 2016 berjumlah RM41 bilion. Untuk tahun 2018, JKDM meletakkan sasaran untuk mencapai kutipan sebanyak RM45 bilion.

 

Pelancaran Malaysia GST Compliance Assurance Programme

Serentak dengan sambutan hari kastam sedunia, Perdana Menteri turut melancarkan Malaysia GST Compliance Assurance Programme (MyGCAP). MyGCAP ditubuhkan untuk melatih firma-firma yang boleh membantu perkara yang berkaitan dengan GST seperti pendaftaran, bayaran balik GST dan kelulusan dari JKDM.

Firma yang terlibat akan diwajibkan untuk menyertai kursus dan tapisan peperiksaan JKDM sebelum dianugerahkan menjadi ejen berlesen sekaligus melaksanakan tugas yang berkaitan dengan kastam. Dengan itu, urusan GST yang sebelum ini memakan masa berbulan-bulan dapat disingkatkan.

MyGCAP akan ditawarkan kepada syarikat berkaitan kerajaan, syarikat-syarikat senaraian awam atau syarikat-syarikat awam sebelum ditawarkan kepada syarikat-syarikat lain mengikut peringkat. Mereka yang memiliki status MyGCAP akan mendapat layanan terbaik semasa memohon pulangan semula dan pembaharuan skim contohnya Skim Pedagang Diluluskan termasuk kemudahan lain.

Program ini diwujudkan dengan maksud untuk menggalakkan masyarakat mendaftar GST tanpa paksaan, mempertingkatkan pematuhan dan menguruskan risiko GST dengan efektif. JKDM akan membuat lantikan juruaudit dari luar untuk memantau syarikat-syarikat yang sudah mendaftar dengan MyGCAP agar mereka boleh menjalankan pengisytiharan sendiri.

Hari ini JKDM menjalankan semakan dan pemeriksaan secara manual berkaitan tuntutan setiap syarikat yang berdaftar dengan GST bagi mengelakkan penipuan atau tuntutan palsu dan terlalu tinggi. Menerusi MyGCAP, juruaudit luaran yang dilantik oleh JKDM akan mengaudit syarikat-syarikat tersebut setiap 2 tahun sekali.

Sistem yang diperkenalkan oleh JKDM bakal melancarkan aliran tunai syarikat-syarikat yang membuat tuntutan balik GST tanpa perlu melalui semakan ketat dan protokol dokumentasi JKDM. Selain itu, keselamatan anggota JKDM semasa menjalankan tugas sentiasa dipantau untuk mengurangkan risiko.

Di antara barang yang mempunyai nilai duti yang tinggi termasuklah rokok dan alkohol. Ianya begitu sensitif kepada operasi JKDM sehingga mendedahkan ancaman yang serius semasa bertugas.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Dikorporatkan

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dikorporatkan

Menurut Datuk Seri Najib Razak di suatu Majlis Penghargaan Kastam di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dikorporatkan tidak lama lagi. Tujuan perubahan tersebut untuk menyediakan skim perkhidmatan yang lebih baik untuk pegawai dan kakitangan JKDM.

 

jabatan-kastam-di-raja-malaysia-dikorporatkan
Replika kapal Kastam di Muzium Kastam, Melaka.

 

Kutipan cukai meningkat

JKDM mencatat kecemerlangan dalam kutipan cukai  yang melancarkan pembangunan negara dan pentadbiran kerajaan. Menurut Perdana Menteri lagi, Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) telah membantu ekonomi rakyat dan negara dalam mengimbangi nilai mata wang dan defisit negara.

Tambah beliau lagi, Malaysia perlukan sistem percukaian yang moden untuk menjadi sebuah negara yang maju. Kutipan CBP berjumlah RM41.2 bilion pada 2016, RM21.9 bilion pada tahun 2015, dan RM35.1 bilion pada 2014.

 

CBP penyelamat negara

Turut diakui oleh Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara yang menyatakan defisit 3.1% akan meningkat kepada 6% hingga 7% dan ringgit akan menjunam bukan sekadar RM4.45 malah RM6 hingga RM7 satu dolar Amerika. Tanpa CBP, negara terpaksa membuat pinjaman wang dari luar.

 

Pengambilan kerjaya Kastam

Sehingga hari ini, JKDM membuat pengambilan menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA). Terdapat 3 jawatan utama yang ditawarkan oleh JKDM iaitu :

 

Setiap jawatan yang ditawarkan memerlukan kelulusan lepasan ijazah, diploma dan SPM. Untuk memohon jawatan sebagai salah seorang anggota JKDM, sila layari laman SPA.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) mengambil inspirasi Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 23 April 2004. Ia sebahagian daripada langkah untuk merealisasikan Cabaran Ke 4 Wawasan 2020 yang menyeru pembentukan masyarakat bermoral dan beretika yang memiliki nilai kerohanian dan keagamaan yang kukuh disulami dengan budi pekerti yang mulia.

 

pelan-integriti-jabatan-kastam-di-raja-malaysia
Koleksi mesin-mesin kira dalam muzium Kastam di Melaka.

 

JKDM mengambil langkah untuk membentuk Pelan Integriti Jabatan (PIJ) yang dimulakan dengan Pelan Integriti Jabatan bermula pada 2005 – 2009, Pelan Integriti Jabatan 2010 – 2014 dan Pelan Integriti Jabatan 2015 – 2019. Beberapa penyesuaian dan penambahbaikan disusun selari dengan PIN untuk memperkukuhkan PIJ berdasarkan strategi di bawah :

  • Meningkatkan tadbir urus ke arah pemantapan sistem untuk menyampaikan perkhidmatan
    Pemantapan imej korporat dan sistem komunikasi JKDM.
  • Pemantapan pengurusan sumber manusia
    Perangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kuasa serta pemantapan pentadbiran sistem keadilan.

 

Objektif pelan integriti

  • Pemantapan integriti Jabatan menerusi urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
  • Mengukuhkan moral dan membudayakan integriti supaya menjadi amalan tiap kakitangan Jabatan dan pelanggan.

 

Strategi pelan integriti

  • Meningkatkan urus tadbir menuju demi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan
    Pemantapan sistem komunikasi dan imej korporat Jabatan.
  • Pemantapan urusan sumber manusia.
  • Perangi jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa di samping pemantapan pentadbiran sistem keadilan.

 

Pendekatan pemantapan

Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dipraktikkan menerusi 8 elemen yang berikut :

1. Pendidikan

  • Pelaksanaan aktiviti pendidikan yang bersepadu untuk membina kepimpinan Jabatan yang boleh diteladani, warga Jabatan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan mempraktikkan nilai-nilai integriti, membenci penyelewengan, jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
  • Memastikan usaha untuk mempertingkat dan membentuk kepimpinan yang boleh diteladani menerusi penetapan Pengurusan Tertinggi Jabatan hadir ke latihan integriti minimum setahun sekali.
  • Pelaksanaan dasar pendidikan yang konsisten dengan menetapkan tempoh latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Satu modul khas untuk kursus integriti harus digubal sebagai prasyarat untuk mendapat pengesahan dalam proses kenaikan pangkat warga Jabatan.
  • Meluaskan aspek pendidikan integriti kepada pelanggan Jabatan bagi memastikan pergerakan pembudayaan integriti Jabatan disampaikan dengan jelas.

 

2. Komunikasi

  • Meluaskan saluran komunikasi untuk hebahan nilai-nilai integriti kepada setiap warga Jabatan.
  • Meluaskan saluran komunikasi agar aduan atau informasi berkaitan jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa dari dalam atau luar Jabatan dapat dihubungkan dengan cepat dan telus.
  • Mengemaskini sistem maklum balas pelanggan agar setiap aduan atau informasi di peringkat negeri atau Ibu Pejabat, boleh dipantau dan diambil tindakan.

 

3. Pemantauan

  • Meningkatkan program pemantauan secara konsisten dan berkala untuk memastikan warga Jabatan mengikut prosedur dan peraturan kerja.
  • Pemantauan siasatan hal-hal berkenaan integriti untuk pembetulan, penambahbaikan dan pemulihan secara adil dan telus.
  • Bertindak segera terhadap sebarang kelemahan yang dikesan untuk pemulihan, penambahbaikan dan pembetulan.

 

4. Pencegahan

  • Pelaksanaan sistem tapisan dan penilaian bagi urusan pengambilan pegawai yang baru dan kenaikan pangkat untuk setiap warga Jabatan dengan menekankan keutamaan integriti.
  • Menguruskan dan mengesan program-program berisiko yang mampu memberi peluang kepada perlanggaran integriti.
  • Membuat kajian dan meningkatkan tahap keberkesanan prosedur dan sistem kerja Jabatan bagi menurunkan karenah birokrasi, amalan budi bicara tiada panduan dan tindakan memutuskan sesuatu perkara yang kurang telus.
  • Mengemaskini mekanisme yang digunakan untuk mengukur indeks pandangan masyarakat dan pengukuran integriti contohnya indeks Persepsi Integriti JKDM dan sistem pengesan awal agar sebarang penurunan integriti dapat dikesan seawal yang mungkin.
  • Menyedarkan tanggung jawab di kalangan warga Jabatan yang tertentu dan terdedah dengan jenayah rasuah, penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa menerusi aktiviti-aktiviti bimbingan.
  • Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, meluaskan rangkaian untuk menyampaikan perkhidmatan dan memudahkan perjalanan kerja dengan tidak mengabaikan soal kualiti dan pematuhan undang-undang bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian Jabatan.
  • Membuat rancanan dan pelaksanaan aktiviti integriti secara konsisten bagi meningkatkan integriti pelanggan dan perwakilan syarikan yang berurusan dengan Jabatan.

 

5. Pengiktirafan

  • Mengenal dan mendokumentasi individu yang cemerlang di dalam Jabatan sebagai contoh dan sumber rujukan sesi peperiksaan dan latihan Jabatan.
  • Meluaskan skop sambutan Hari Kualiti dan Inovasi dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti tambahan contohnya pertandingan menghasilkan Tema Integriti Tahunan, Logo dan Slogan Integriti.
  • Meluaskan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada pelanggan serta warga Jabatan yang mempraktikkan nilai-nilai murni yang berintegriti.
  • Mewajibkan nilai-nilai integriti sebagai ketetapan utama untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat warga Jabatan.

 

6. Punitif

  • Mengemaskini urusan kes tatatertib dan bertindak segera untuk menentukan ketelusan dan keadilan pihak-pihak yang terbabit. Warga Jabatan yang tidak mematuhi undang-undang dan disabitkan kesalahan bakal dihukum dengan setimpal sebagai elemen pencegahan.

 

7. Pemulihan

  • Mengadakan jawatan sepenuh masa bagi Pegawai Kaunselor di ibu pejabat bagi melaksanakan aktiviti pemulihan warga Jabatan yang berdepan dengan masalah.
  • Memperkuatkan fungsi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan aktiviti mentor-mentee dalam Jabatan.

 

8. Pelarasan

  • Mengadakan Unit Integriti di peringkat negeri dengan senarai tugas, terma rujukan dan tanggung jawab yang berstruktur dan jelas.
  • Cawangan Integriti di peringkat ibu pejabat JKDM akan berfungsi sebagai penyelaras yang bertanggung jawab memantau dan menilai keberkesanan aktiviti hasil dari maklum balas negeri dan membuat laporan kepada pihak pengurusan tertinggi jabatan.
  • Memantau mekanisme penyelarasan tindakan bahagian ibu pejabat dan negeri dapat berfungsi dengan berkesan.

 

    • Download Ebook PERCUMA Di Sini!

      ebook penguasa kastam

      Borang Daftar Ebook Percuma

      Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

       

      Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

      Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Customs Operational Battle Force Response Assault Kukuhkan JKDM

Customs Operational Battle Force Response Assault kukuhkan JKDM

Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam telah dibentuk oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) yang mempunyai 205 Pegawai Penguatkuasa Kastam. Dikenali sebagai Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA), pasukan ini akan mengendalikan kes yang berprofil tinggi.

 

customs operational battle force response assault kukuhkan jkdm
Pasukan COBRA dalam perbarisan semasa latihan ala komando.

 

Gangguan kumpulan tolong orang nak tipu orang (TONTO), ugutan dan halangan kes berisiko tinggi yang mengancam Pegawai Penguatkuasa Kastam menggerakkan fungsi COBRA untuk menjadi pelindung dan penggempur bagi Bahagian Penguatkuasaan JKDM. Pasukan COBRA akan menjadi pelindung kepada pegawai operasi serbuan.

COBRA akan digerakkan ke seluruh Malaysia. Seramai 23 orang pegawai akan menjalani latihan siri pertama yang bertempat di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak. Untuk memasuki COBRA, proses pemilihan dan pengambilan pegawai dijalankan secara berperingkat dan akan diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Setiap negeri di Malaysia akan ditempatkan dengan 25 orang pasukan COBRA dalam masa 2 tahun yang turut mengadakan latihan bersama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Latihan ala komando tersebut akan menjadikan modul VAT 69 atau 69 komando sebagai rujukan.

Pasukan COBRA akan tampil dengan pakaian taktikal, bersenjata api dan bertopeng muka serta bergerak dalam kumpulan yang kecil bergantung kepada kes mengikut risiko tertentu. Buat masa ini, pasukan COBRA akan ditempatkan di ibu pejabat JKDM dan akan dihantar ke kawasan yang mempunyai ancaman atau kes terhadap anggota JKDM.

Sebanyak 80 buah kereta Isuzu D-Max 3.0 yang telah diubahsuai dengan tambahan kamera video dan bar digunakan bagi melancarkan perjalanan bahagian penguatkuasaan JKDM di seluruh negara. Kenderaan tersebut akan digunakan semasa menjalankan operasi dan serbuan untuk mengurangkan risiko keselamatan dan gangguan dari TONTO.

 

Ujian Kaedah Penilaian untuk pegawai kastam

Setiap pegawai lantikan JKDM yang baru akan menjalani Ujian Kaedah Penilaian (IAT) untuk mengukur ketelusan setiap individu menurut skop kerja dan tanggung jawab yang dilaksanakan. JKDM bakal menjadi badan awam yang pertama melaksanakan sistem ini dalam organisasinya.

Ujian IAT yang pertama dihadiri oleh 60 orang pegawai kastam dalam gred WK48. Pegawai-pegawai kastam yang lain juga bakal menduduki ujian ini sehingga mencapai 14,000 orang anggota.

Ujian ini diadakan bagi memartabatkan integriti dan pengurusan serta menghapuskan gejala rasuah dalam JKDM. Keputusan ujian IAT turut digunakan untuk penempatan kursus dan kenaikan pangkat dalam JDKM.

Kerjasama JKDM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri

JKDM turut bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan data yang berkaitan dengan urusan percukaian. 2 agensi kerajaan ini boleh membantu kerajaan menambah kutipan cukai. Maklumat yang dikongsi boleh digunakan untuk pemadanan data dan tindakan yang sewajarnya diambil kepada pembayar cukai.

Kerjasama JKDM dan LHDN mampu menjayakan penguatkuasaan dan pematuhan cukai secara efektif serta menyelesaikan ketirisan cukai dan pasaran gelap untuk meningkatkan ekonomi negara.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!