10 Personaliti Yang Diperlukan Oleh Pegawai Tadbir Diplomatik

10 personaliti yang diperlukan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, anda harus memiliki personaliti yang berkaitan dengan jawatan ini. Sebagai seorang PTD M41, anda bakal menerajui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang meliputi pelbagai bidang contohnya pengurusan, pentadbiran, ekonomi, keselamatan, perhubungan antarabangsa dan kewangan. Berikut ialah 10 personaliti PTD M41 yang diperlukan sebagai rujukan anda.

 

10 personaliti yang diperlukan oleh pegawai tadbir diplomatik

 

1. Berminat dengan profesion PTD M41 – Tanpa minat, apa-apa kerja yang dilakukan tiada manfaatnya. Begitu juga dengan PTD M41, ini adalah kerjaya yang mempunyai tanggung jawab dan amanah yang utama pada negara. Bakti yang dicurahkan haruslah ditunaikan dengan jujur dan ikhlas.

Sebagai pegawai yang mentadbir negara, sikap tenang haruslah disemai semasa menjalankan tugas. Jika tidak, tindakan yang dilakukan bakal dilakukan tanpa kewarasan dan kesabaran. Seorang PTD M41 harus bersikap neutral supaya tanggung jawab dapat dilaksanakan dengan sempurna.

 

2. Berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti – Pendidikan yang disertai dengan ilmu pengetahuan boleh memimpin seorang PTD M41 untuk berjaya dalam hidup. Keperibadian dan kematangan diri diperlukan untuk memastikan anda berjaya. Ilmu pengetahuan yang diperlukan termasuklah hal ehwal perkhidmatan, teknik berkomunikasi, tugas dan tanggung jawab utama dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di mana anda ditugaskan.

Budi pekerti seorang PTD M41 harus disemai dengan rasa hormat menghormati masyarakat berbilang bangsa dan usia, mengutamakan pengurusan masa dan tidak mudah melenting. Sikap dan nilai peribadi harus dihayati supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

 

3. Ketrampilan yang positif – Cerminan sikap positif dalam penampilan seorang PTD M41 dapat dinilai menerusi tahap ilmu pengetahuan dan intelektualnya. Kemahiran mengurus dan mentadbir, menjalankan penguatkuasaan undang-undang, kemahiran berinteraksi dan menggunakan teknologi maklumat dapat membantu menyelesaikan amanah yang diberikan.

Penghayatan nilai-nilai dan etika murni oleh seorang PTD M41 boleh memacu ke arah daya kepimpinan yang terpuji menerusi keupayaan mengatur kerja, mengawal disiplin anggota kepimpinannya, memberi nasihat dan pendapat kakitangan di bawah seliaannya dan kemampuan membina wawasan dan menyusun perancangan di masa hadapan.

Mengutamakan kesaksamaan dan keadilan supaya dapat mengekalkan neuraliti dan integriti dalam perkhidmatan awam amatlah penting bagi seorang PTD M41. Jika wujudnya sikap berat sebelah atau ketidakadilan, maka pincanglah kualiti kerja sebagai seorang pegawai kerajaan.

 

4. Dinamik dan bercita-cita tinggi – Seorang PTD M41 haruslah dinamik dan memiliki rancangan dan strategi yang rapi bagi memastikan cita-citanya tercapai. Rancangan tersebut mestilah dilaksanakan dengan fleksibel dan menumpukan kepada objektif yang utama. Sebagai pegawai yang menerajui pentadbiran negara, ciri-ciri ini haruslah dimiliki bagi memastikan negara dapat dipelihara dan terus maju.

 

5. Boleh adaptasi diri di mana-mana – Kebolehan ini bersifat versatil kerana ia mencerminkan aset yang ada dalam diri seorang PTD M41 seperti bakat yang pelbagai, relevan, berkebolehan dan berani. Sepangjang tempoh berkhidmat, anda akan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, pangkat, darjat, peringkat umur dan kaum.

Apabila anda ditugaskan di kementerian, cabaran yang bakal dihadapi ialah seperti skop tugas yang spesifik mengikut kementerian, birokrasi dan staf-staf kerajaan yang lain. Di luar negara pula, cabaran yang dihadapi pastinya berbeza kerana bakal melibatkan isu keselamatan, cuaca, famili, makanan dan pendidikan anak-anak. Oleh itu seorang PTD M41 harus bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan sepanjang tempoh berkhidmat.

 

6. Minat dengan bidang pengurusan dan pentadbiran – Menjadi seorang PTD M41 melibatkan tanggung jawab berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Anda harus bersedia untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan seperti menyediakan minit mesyuarat, pengurusan wang organisasi, pengurusan organisasi harian, menganjurkan acara dan menguruskan sumber manusia. Tanpa minat untuk mengurus, kerjaya sebagai PTD M41 takkan bertahan lama.

 

7. Sedia bertugas di mana sahaja – Di mana sahaja anda ditempatkan, tunaikanlah tanggung jawab yang diberikan dengan baik. Ini adalah amalan biasa mana-mana staf kerajaan iaitu boleh bekerja di mana sahaja mereka dihantar. Cabaran yang bakal dihadapi adalah seperti perjalanan ke pejabat rasmi yang jauh dari tempat tinggal, pindah barang rumah dan keserasian dengan tempat ditugaskan.

Sebenarnya, setiap kali seorang PTD M41 berpindah tempat bertugas, ia akan memberi kesan positif contohnya kematangan fikiran seorang pegawai, kaya dengan pengalaman dan pertambahan ilmu pengetahuan.

 

8. Menguasai kepelbagaian bahasa – Selain dari bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, seorang PTD M41 harus mengambil inisiatif untuk menguasai bahasa lain seperti Mandarin, Sepanyol, Arab, Jepun dan Sepanyol. Penggunaan pelbagai bahasa boleh memupuk perpaduan, kemesraan dan merapatkan hubungan dengan negara lain.

 

9. Kemahiran komunikasi – Di antara kemahiran utama yang diperlukan oleh seorang PTD M41 ialah kemahiran untuk berkomunikasi dengan pelbagai peringkat usia dan pangkat. Dalam setiap majlis yang diadakan, seorang PTD M41 terlibat dengan pembentangan, ucapan, taklimat, seminar dan bengkel.

Kemahiran dan keupayaan untuk berucap dan memberi taklimat adalah aset yang penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan jelas diterima oleh orang ramai. Interaksi yang betul sesama manusia akan dapat membantu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Komunikasi yang jelas mencerminkan kewibawaan seorang PTD M41 yang komited berbakti untuk negara.

 

10. Tahap kesabaran dan perjuangan infiniti – Sewaktu menunaikan tugas, cabaran, rintangan dan kekangan datang tanpa diundang. Pelbagai pihak yang hadir seperti agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan, persatuan-persatuan, pertubuhan bebas, ahli perniagaan dan ahli politik akan datang memberikan tekanan.

Keputusan yang dibuat oleh seorang PTD M41 pada masa itu pastinya tidak dapat memuaskan hati pelbagai pihak. Oleh itu, keputusan yang diambil haruslah memberi kepentingan kepada masyarakat dari segenap aspek. Sikap putus asa haruslah dijauhi untuk memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

 

8 bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Seorang PTD M41 berpeluang untuk berbakti sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan pegawai kedutaan di luar negara selain dari gaji, elaun dan imbuhan yang lumayan. Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik berkhidmat untuk kerajaan Malaysia, bukan bekerja untuk parti politik. Terdapat 8 skop tugas yang dipertanggung jawabkan kepada seorang PTD iaitu :

  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Pentadbiran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan
  • Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara
  • Pengurusan Sumber Kewangan
  • Pengurusan Sumber Ekonomi

 

Contoh bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

1. Bahagian Polisi Sektoral 1, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

Di bahagian ini, tanggung jawab yang diberikan ialah untuk menggubal, mengkaji semula dasar dan strategi pembangunan sektoral industri keluli dan besi, getah dan kayu, industri berasaskan makanan dan pertanian serta kimia dan keluaran petroleum.

Selain itu, bahagian ini turut bertanggung jawab untuk mengenal pasti dan membangunkan bidang-bidang baru, profil berkaitan industri, memberi input dan merumuskan standard bagi industri-industri tempatan serta membuat penilaian kesan perdagangan pelbagai hala bagi kumpulan industri.

 

2. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Tanah Hulu Langat

Bahagian ini dipertanggung jawabkan untuk menjalankan tugas pentadbiran kakitangan, pengeluaran mesin dan permit, pentadbiran am, urusan bayaran duti pindah milik hartanah dan perjanjian, kutipan bayaran rumah kos rendah dan menguruskan majlis rasmi di peringkat daerah.

 

3. Bahagian Protokol, Kementerian Luar Negeri

Di Bahagian Protokol, tanggung jawab yang dilaksanakan termasuklah sebagai penyelaras dan penasihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan protokol antarabangsa bagi kerajaan Malaysia, menjalankan aktiviti pengesahan diplomatik dan acara-acara rasmi Malaysia, menguruskan khidmat sokongan untuk seluruh lawatan rasmi dan negara-negara luar ke Malaysia serta mengeluarkan hak-hak istimewa dan imuniti untuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan kedutaan-kedutaan luar negeri menurut Konvensyen Vienna.

 

4. Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW)

Unit Gerakan Desa Wawasan – Menyelaras dan memantau program dan dasar Gerakan Desa Wawasan serta menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kedah dan Pahang.

Dasar dan Pembangunan Wilayah – Menyelaras maklum balas mesyuarat utama kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Wilayah Persekutuan dan Sabah, mengurus Dasar-Dasar Makro dan Sektoral KKLW serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan wilayah dan tanah.

Maklumat Makro, Pengkorporatan dan Penswastaan – Menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Pulau Pinang dan Sarawak, mengurus maklumat dan data untuk RMK-8 dan RMK-9, menyelaras dan memantau sektor pembasmian kemiskinan serta menyelaras Rancangan Fizikal Negara.

Dasar Sosial dan Pembangunan Manusia – Pusat hal ehwal wanita, pusat hal ehwal orang asli, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Kelantan dan Perak serta menyelaras dokumen dan memantau sektor pembangunan manusia.

Pensyarikatan dan Ekonomi Luar Bandar – Menyelaras dan memantau program Bakti Desa, menyelaras dan memantau ekonomi luar bandar, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Terengganu dan Johor serta menyelaras perjumpaan Menteri dengan badan bukan kerajaan.

Penilaian dan Pembangunan Prasarana – Bertempat di pusat kajian-kajian kementerian, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Melaka dan Selangor, menyelaras perancangan kerja untuk 3 bulan dan laporan tahunan bahagian, mengurus hal ehwal pentadbiran bahagian serta menyelaras dan memantau sektor pembangunan infrastruktur.

Hal Ehwal Antarabangsa dan ICT – Berpusat di CIRDAP, AMRDPE, AARDO dan PREP-SOMRDPE, pusat untuk organisasi antarabangsa, menyelaras dan memantau pelaksanaan program negeri Perlis dan Negeri Sembilan, menyelaras pembiayaan dan bantuan daripada institusi kewangan antarabangsa serta menyelaras dan memantau sektor ICT.

 

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-m41

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berikut ialah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 bagi peperiksaan di peringkat negeri. Bahagian yang dikosongkan adalah berkaitan dengan SPA negeri yang menganjurkan peperiksaan tersebut. Jika SPA negeri yang menganjurkan peperiksaan tersebut ialah negeri Perak, maka soalan yang ditanyakan akan berkaitan dengan negeri Perak.

 

contoh soalan peperiksaan penolong pegawai tadbir n29

 

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

1. Namakan istana rasmi bagi Duli Yang Maha Mulia Sultan __________
2. Apakah kaedah yang digunakan oleh negeri __________ untuk menguruskan belanjawan negeri?
3. Nyatakan tempat pengeluaran ikan yang paling tinggi di negeri __________
4. Undang-undang yang digubal bagi peringkat negeri dipanggil sebagai
5. Apakah sub sektor pertanian yang utama bagi negeri __________

6. Hub perindustrian bagi negeri __________ terletak di
7. Contoh kebudayaan yang terdapat di negeri __________ ialah
8. Daerah di negeri __________ yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi ialah
9. Kawasan Felda yang terletak di negeri __________ mempunyai sumber ekonomi seperti
10. Tarikh istiadat Kemahkotaan DYMM Kesultanan Negeri __________ ialah

11. Pengaruh British bermula di negeri __________ semasa
12. Pusat pentadbiran negeri __________ yang lama terletak di
13. Jumlah keseluruhan PBT yang berstatus bandaraya bagi negeri __________ ialah
14. Kawasan pembangunan wilayah di negeri __________ terletak di
15. Nama lama atau nama asal negeri __________ ialah

16. Apakah sektor utama yang menjadi penyumbang KDNK di negeri __________
17. Berikan contoh sistem yang diperkenalkan dalam negeri __________
18. Namakan Taman Negara yang terdapat di negeri __________
19. Berikan nama daerah di negeri __________ yang terlibat dengan projek kerajaan
20. Sebutkan nama program yang dibangunkan oleh anak jati negeri __________

21. Apakah nama bagi pasukan keselamatan bagi negeri __________
22. Berikan nama bagi Undang-Undang Bertulis bagi negeri __________
23. Sebutkan projek khas yang dibangunkan untuk kemajuan negeri __________
24. Dasar-Dasar Negeri __________ termasuklah
25. Tarikh perisytiharan ibu negeri __________ ialah pada

26. Siapakah nama penulis lirik lagu negeri __________
27. Ketua agama Islam bagi negeri __________ ialah
28. Kategori pekerjaan yang tertinggi bagi negeri __________ ialah
29. Tokoh bagi negeri __________ ialah
30. Bandar Diraja bagi negeri __________ terletak di mana?

31. Kerajaan negeri __________ diasaskan oleh
32. Nama bagi ayahanda DYMM Sultan negeri __________ ialah
33. Bidang Keberhasilan Negeri __________
34. Berikan nama gunung yang terdapat di negeri __________
35. Rumah Mampu Milik negeri __________ bermula dengan harga

36. Tokoh Pembangunan negeri __________ bernama
37. Pelaburan utama negeri __________ ialah dalam bidang
38. Pakaian tradisional bagi negeri __________ ialah
39. Skim bas percuma negeri __________ merujuk kepada
40. Matlamat pembangunan kerajaan negeri __________ ialah

41. Industri pembuatan bagi negeri __________ ialah
42. Pusat transformasi negeri __________ terletak di
43. Apakah teras ucapan bajet bagi negeri __________
44. Tema bajet 2018 bagi negeri __________ ialah
45. Beri contoh karya bersejarah yang terdapat di negeri __________

46. Namakan daerah negeri __________ yang terlibat dengan pembangunan Wilayah
47. Instrumen yang digunakan mencapai prestasi agensi negeri __________ ialah
48. Agensi yang menguruskan perkhidmatan air di negeri __________ ialah
49. Peratus kepada sumbangan KDNK negeri __________ ialah
50. Sektor yang ditumpukan dalam pembangunan wilayah bagi negeri __________ ialah

 

contoh soalan peperiksaan penolong pegawai tadbir n29
Klik pada imej ebook ini untuk menempah ebook rujukan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir.

 

Saluran Telegram Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat peperiksaan, sertai saluran telegram Penolong Pegawai Tadbir N29 sekarang juga.

4 Tokoh Dilantik Sebagai Penasihat SPRM

4 tokoh dilantik sebagai penasihat SPRM

Pada 31 Januari 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik 4 orang tokoh sebagai Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM. 4 tokoh dilantik sebagai penasihat SPRM ini berterusan selama 2 tahun bermula 1 Februari 2018 sehingga 31 Januari 2020.

 

4 tokoh dilantik sebagai penasihat sprm
4 tokoh yang dilantik sebagai penasihat Ketua Pengarah SPRM bakal melancarkan lagi aktiviti dalam SPRM.

 

Barisan tokoh penasihat yang berwibawa

4 tokoh yang dilantik sebagai penasihat SPRM ialah Tun Dato’ Seri Zaki Tun Mohamed Azmi (Canselor Universiti MAHSA), Tan Sri Abu Zahar Dato’ Nika Ujang (Pengerusi Indah Water Konsortium Sdn Bhd), Tan Sri Dato’ Dr. Ramon V. Navaratnam (Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia) dan Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye (Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

 

Tugas-tugas penasihat Ketua Pengarah SPRM

Di antara tugas 4 tokoh ini ialah menasihati dan memberi pendapat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berkaitan pendidikan, tindakan operasi, pencegahan dan hal ehwal SPRM bergantung kepada permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Mereka berperanan sebagai kunci komunikasi untuk membawa mesej masyarakat berkaitan hal ehwal rasuah dan penyalah gunaan kuasa di Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. 4 tokoh ini juga bakal menyampaikan mesej dari Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada masyarakat.

Gandingan masyarakat dan SPRM mampu membanteras jenayah rasuah dan penyalah gunaan kuasa di Malaysia.

 

SPRM bakal adakan peperiksaan Pegawai Siasatan P41 dan P29

Semasa peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 diadakan pada 1 November 2014, Timbalan Pesuruhjaya SPRM pada ketika itu, Dato’ Haji Zakaria Hj Jaafar memberitahu kepada pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menggunakan sistem peperiksaan online SPA bagi melantik pegawai-pegawai SPRM tidak lama lagi.

Walau bagaimana pun, peperiksaan online SPRM masih belum diumumkan secara rasmi sehingga hari ini. Sebagai persediaan, anda perlu merujuk kepada perkara-perkara seperti Pengetahuan Am berkaitan SPRM, Daya Menyelesaikan Masalah dan Ujian Psikometrik seperti yang kerap ditanya dalam peperiksaan online SPA.

Sekiranya suatu hari nanti anda terlibat dengan peperiksaan online Pegawai Siasatan P41 dan peperiksaan online Penolong Pegawai Siasatan P29, sila rujuk artikel berkaitan maklumat umum peperiksaan SPRM.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan pengambilan untuk jawatan Penguasa Kastam Gred WK41. Tapisan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 diadakan menerusi peperiksaan online yang dikendalikan sendiri oleh SPA. Calon-calon yang tersenarai pasti perlukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41.

 

contoh-soalan-peperiksaan-penguasa-kastam-wk41
Wisma Kastam di Pulau Pinang.

 

Peperiksaan online Penguasa Kastam Gred WK41

Seksyen yang terdapat dalam peperiksaan Penguasa Kastam WK41 terbahagi kepada 2 seksyen yang utama, iaitu :

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

Seksyen A : Pengetahuan Am Penguasa Kastam WK41

Berikut ialah contoh soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam WK41 yang boleh anda gunakan untuk persediaan menjelang peperiksaan. Ia bukanlah soalan sebenar, tetapi ditulis semula berdasarkan soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang pernah dianjurkan oleh peperiksaan terdahulu.

Untuk mendapatkan contoh soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam, sila ke saluran Telegram Penguasa Kastam WK41.

1. Cukai langsung dan cukai tidak langsung adalah sumber pendapatan kerajaan Persekutuan Malaysia. Contoh cukai langsung ialah

A. Cukai jalan
B. Duti setem
C. Duti eksais
D. Duti eksport

 

2. Jika perdagangan di antara Malaysia dengan China mendatangkan keuntungan kepada Malaysia, ini bermaksud

A. Eksport Malaysia ke China melebihi import
B. Import Malaysia daripada China melebihi eksport
C. Pendapatan import Malaysia melebihi kos pengeluaran
D. Malaysia mengeksport ke China tanpa cukai tambahan

 

3. UNESCO mengiktiraf Tapak Warisan Dunia dalam kategori Tapak Semulajadi adalah seperti berikut

I. Taman Negara Mulu
II. Taman Negara Pahang
III. Taman Negara Kinabalu
IV. Taman Negara Kelantan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

 

4. Restoran makanan segera di Malaysia mempamerkan lesen jenis

A. Lesen cukai perkhidmatan
B. Lesen cukai pendapatan
C. Lesen cukai syarikat
D. Lesen cukai jualan

 

5. Berikut adalah senarai pegawai yang mempunyai kuasa sebagai seorang Penguasa Kastam KECUALI

A. Penguasa Polis
B. Pegawai Daerah
C. Pegawai Imigresen
D. Pegawai Kanan Kastam

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

 

Jangan lupa untuk sertai saluran Telegram Penguasa Kastam WK41 untuk lebih banyak informasi terkini!

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Dan S29

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dan S29

Peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam bakal berlangsung tak lama lagi. Calon-calon yang terlibat akan mencari contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dan S29 sebagai persediaan.

 

contoh soalan peperiksaan pegawai hal ehwal islam s41 dan s29
Al-Quran dan sunnah adalah rujukan utama dalam agama islam.

 

Format peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dan S29

Soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam mengandungi 3 seksyen yang utama iaitu :

  • Ujian Psikometrik
  • Pengetahuan Am
  • Daya Menyelesaikan Masalah

 

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dan S29

Berikut ialah contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dan S29 yang boleh dijadikan rujukan.

 

1. Orang yang berbuat dosa, hukum bertaubat baginya ialah

A. Sunat
B. Harus
C. Wajib
D. Makruh

 

2. Berikut adalah dosa-dosa kecil KECUALI

A. Mengumpat
B. Membenci rakan
C. Memandang aurat bukan mahram
D. Buang sampah merata-rata

 

3. Orang Islam yang melanggar perintah Allah dikategorikan sebagai

A. Asi
B. Kafir
C. Fasik
D. Munafik

 

4. Di antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR mengenai rukun haji?

A. Takbir dan selawat
B. Sembelih binatang di waktu malam
C. Lelaki yang menyembelih binatang
D. Baringkan binatang di bahagian rusuk kanan

 

5. Mulhid adalah golongan yang dikategorikan sebagai

A. Menderhakai Allah SWT
B. Menyekutukan Allah SWT
C. Berpaling dari Islam
D. Tiada agama

 

6. Senarai di bawah adalah syarat-syarat berkaitan saie KECUALI

A. Dilaksanakan 7 kali
B. Dilaksanakan selepas tawaf rukun
C. Dilaksanakan dengan berjalan biasa
D. Dimulakan di Marwah dan diselesaikan di Safa

 

7. Hikmah diharamkan riba adalah seperti di berikut KECUALI

A. Mewujudkan masyarakat yang pentingkan diri sendiri
B. Mencegah kezaliman dalam komuniti
C. Meningkatkan ekonomi negara
D. Mewujudkan komuniti prihatin

 

8. Pilih pernyataan yang TEPAT berkaitan syirik jali

A. Menunjuk kelebihan diri
B. Sembah bulan dan bintang
C. Tidak percaya kehidupan selepas mati
D. Buang ancak untuk halau syaitan

 

9. Munafik merujuk kepada

A. Berpaling dari Islam
B. Membandingkan Allah dengan zat dan sifat sesuatu objek
C. Beriman dalam keadaan berpura-pura
D. Ingkar ajaran Islam

 

10. Sihir dicipta bagi tujuan

A. Menyekutukan Allah
B. Memesongkan fahaman manusia
C. Menyesatkan manusia sejagat
D. Menjauhkan manusia dengan ketaatan kepada Allah

 

Untuk maklumat lanjut mengenai nota rujukan dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam, klik imej di bawah sekarang.

 

contoh soalan peperiksaan pegawai hal ehwal islam s41 dan s29

Contoh Soalan Temuduga Jururawat

Contoh soalan temuduga jururawat

Bagi calon-calon yang mendapat tawaran jawatan jururawat, pengambilan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) pasti memerlukan contoh soalan temuduga jururawat sebagai persediaan.

 

contoh soalan temuduga jururawat
Kerjaya dalam bidang perubatan seperti doktor dan jururawat sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

 

Berikut ialah contoh soalan temuduga jururawat yang boleh digunakan untuk persediaan temuduga jururawat dan temuduga latihan jururawat. Mereka yang terlibat dengan temuduga jururawat PSL (perlantikan secara latihan) juga boleh menggunakan contoh soalan jururawat ini.

1. Sila perkenalkan diri anda
2. Dari manakah kamu berasal?
3. Mengapa anda memilih jururawat sebagai kerjaya?
4. Anda fikir anda layak ke jadi jururawat?
5. Anda seorang lelaki (untuk lelaki), mengapa memilih kerjaya jururawat, sedangkan perkerjaan ini sinonim dengan perempuan?

6. Jangan jadi jururawatlah, jadi surirumah lagi baik
7. Apakah perbezaan antara klinik dan hospital?
8. Apakah fungsi organ-organ dalam badan?
9. Apakah itu penyakit kardiovaskular?
10. Apa yang anda faham tentang piramid makanan?

11. Apakah BMI?
12. Bagaimanakah cara untuk mengira BMI?
13. Apakah penyakit terkini yang anda tahu?
14. Apa yang anda tahu tentang tugas-tugas jururawat?
15. Adakah anda sanggup keluar malam?

16. Basuh berak orang?
17. Sanggupkah anda bertugas di kawasan pedalaman?
18. Apakah jadual tugas jururawat?
19. Apakah anda tahu tentang tubuh anda?
20. Boleh anda terangkan tentang 3 jenis tulang?

21. Apakah nama jantung dalam bahasa inggeris?
22. Sebutkan rukun Negara
23. Terangkan maksud bendera Malaysia serta warnanya
24. Apakah nama Menteri Kesihatan?
25. Apakah nama Timbalan menteri kesihatan?

26. Berapa kolej jururawat yang ada di Malaysia?
27. Apakah pengalaman yang anda rasa anda boleh jadi jururawat?
28. Awak fikir awak layak ke jadi jururawat ni?
29. Sebelum berakhir sesi temuduga ini, ada apa-apa yang anda mahu katakan kepada kami?

 

Sambutan Hari Kastam Sedunia Di Malaysia

Sambutan hari kastam sedunia di Malaysia

Hari kastam disambut pada 26 Januari setiap tahun. Baru-baru ini semasa sambutan hari kastam sedunia di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) menempa kejayaan dalam menyelamatkan hasil negara yang bernilai lebih RM1 bilion.

 

sambutan hari kastam sedunia di malaysia
Sambutan hari kastam sedunia di Malaysia disambut pada setiap 26 Januari setiap tahun.

 

JKDM dan COBRA berganding bahu

JKDM dan pasukannya berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan yang melibatkan komoditi seperti minuman keras, kenderaan dan rokok. Tanpa semangat integriti yang maksimum di kalangan pegawai kastam, ketirisan hasil pasti tak dapat dielakkan. Biar pun berdepan dengan pelbagai risiko, JKDM dan unit COBRA pasti tidak akan berundur.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan menyatakan kadar Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan. GST dilaksanakan untuk membantu merancakkan ekonomi negara, bukan untuk membebankan rakyat. Sumber kewangan negara yang stabil dan bertambah mampu memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia.

 

Kutipan GST disasarkan RM45 bilion

Menurut beliau lagi, pelaksanaan GST membolehkan 1.6 juta orang penjawat awam menerima bayaran khas. Kutipan GST pada tahun 2017 berjumlah RM44 bilion manakala pada tahun 2016 berjumlah RM41 bilion. Untuk tahun 2018, JKDM meletakkan sasaran untuk mencapai kutipan sebanyak RM45 bilion.

 

Pelancaran Malaysia GST Compliance Assurance Programme

Serentak dengan sambutan hari kastam sedunia, Perdana Menteri turut melancarkan Malaysia GST Compliance Assurance Programme (MyGCAP). MyGCAP ditubuhkan untuk melatih firma-firma yang boleh membantu perkara yang berkaitan dengan GST seperti pendaftaran, bayaran balik GST dan kelulusan dari JKDM.

Firma yang terlibat akan diwajibkan untuk menyertai kursus dan tapisan peperiksaan JKDM sebelum dianugerahkan menjadi ejen berlesen sekaligus melaksanakan tugas yang berkaitan dengan kastam. Dengan itu, urusan GST yang sebelum ini memakan masa berbulan-bulan dapat disingkatkan.

MyGCAP akan ditawarkan kepada syarikat berkaitan kerajaan, syarikat-syarikat senaraian awam atau syarikat-syarikat awam sebelum ditawarkan kepada syarikat-syarikat lain mengikut peringkat. Mereka yang memiliki status MyGCAP akan mendapat layanan terbaik semasa memohon pulangan semula dan pembaharuan skim contohnya Skim Pedagang Diluluskan termasuk kemudahan lain.

Program ini diwujudkan dengan maksud untuk menggalakkan masyarakat mendaftar GST tanpa paksaan, mempertingkatkan pematuhan dan menguruskan risiko GST dengan efektif. JKDM akan membuat lantikan juruaudit dari luar untuk memantau syarikat-syarikat yang sudah mendaftar dengan MyGCAP agar mereka boleh menjalankan pengisytiharan sendiri.

Hari ini JKDM menjalankan semakan dan pemeriksaan secara manual berkaitan tuntutan setiap syarikat yang berdaftar dengan GST bagi mengelakkan penipuan atau tuntutan palsu dan terlalu tinggi. Menerusi MyGCAP, juruaudit luaran yang dilantik oleh JKDM akan mengaudit syarikat-syarikat tersebut setiap 2 tahun sekali.

Sistem yang diperkenalkan oleh JKDM bakal melancarkan aliran tunai syarikat-syarikat yang membuat tuntutan balik GST tanpa perlu melalui semakan ketat dan protokol dokumentasi JKDM. Selain itu, keselamatan anggota JKDM semasa menjalankan tugas sentiasa dipantau untuk mengurangkan risiko.

Di antara barang yang mempunyai nilai duti yang tinggi termasuklah rokok dan alkohol. Ianya begitu sensitif kepada operasi JKDM sehingga mendedahkan ancaman yang serius semasa bertugas.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Dikorporatkan

Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dikorporatkan

Menurut Datuk Seri Najib Razak di suatu Majlis Penghargaan Kastam di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dikorporatkan tidak lama lagi. Tujuan perubahan tersebut untuk menyediakan skim perkhidmatan yang lebih baik untuk pegawai dan kakitangan JKDM.

 

jabatan-kastam-di-raja-malaysia-dikorporatkan
Replika kapal Kastam di Muzium Kastam, Melaka.

 

Kutipan cukai meningkat

JKDM mencatat kecemerlangan dalam kutipan cukai  yang melancarkan pembangunan negara dan pentadbiran kerajaan. Menurut Perdana Menteri lagi, Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) telah membantu ekonomi rakyat dan negara dalam mengimbangi nilai mata wang dan defisit negara.

Tambah beliau lagi, Malaysia perlukan sistem percukaian yang moden untuk menjadi sebuah negara yang maju. Kutipan CBP berjumlah RM41.2 bilion pada 2016, RM21.9 bilion pada tahun 2015, dan RM35.1 bilion pada 2014.

 

CBP penyelamat negara

Turut diakui oleh Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara yang menyatakan defisit 3.1% akan meningkat kepada 6% hingga 7% dan ringgit akan menjunam bukan sekadar RM4.45 malah RM6 hingga RM7 satu dolar Amerika. Tanpa CBP, negara terpaksa membuat pinjaman wang dari luar.

 

Pengambilan kerjaya Kastam

Sehingga hari ini, JKDM membuat pengambilan menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA). Terdapat 3 jawatan utama yang ditawarkan oleh JKDM iaitu :

 

Setiap jawatan yang ditawarkan memerlukan kelulusan lepasan ijazah, diploma dan SPM. Untuk memohon jawatan sebagai salah seorang anggota JKDM, sila layari laman SPA.

 

Download Ebook PERCUMA Di Sini!

ebook penguasa kastam

Borang Daftar Ebook Percuma

Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.

 

Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.

Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41

Pegawai Tadbir Gred N41 merupakan salah satu jawatan yang popular di jabatan dan agensi kerajaan. Pengambilan jawatan Pegawai Tadbir N41 diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41 bakal menjadi tumpuan bila peperiksaan diadakan.

 

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir n41
Pegawai Tadbir Gred N41 adalah jawatan yang popular selain dari Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

 

Skop soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41

Soalan peperiksaan SPA yang bakal ditanya pastinya berkaitan dengan jawatan Pegawai Tadbir N41 itu sendiri. Di antaranya ialah :

  • Skop tugas dan tanggung jawab Pegawai Tadbir N41
  • Dasar-dasar awam berkaitan dengan pengurusan organisasi dan sumber tenaga manusia
  • Perancangan dan pentadbiran sosial
  • Ekonomi
  • Pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah
  • Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara
  • Sumber kewangan
  • pengurusan teknologi maklumat

 

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41

1. Senaraikan jabatan persekutuan yang terdapat di Negeri Johor

  • Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor
  • Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri Johor
  • Jabatan Pelajaran Negeri Johor
  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT)
  • Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (MPIB)
  • Jabatan Mufti Johor
  • J-Biotech

 

2. Berapakah jabatan negeri yang ada di Johor?

  • Bahagian Pendidikan Agama
  • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor
  • Jabatan Perhutanan Johor

 

3. Senaraikan Pihak Berkuasa Tempatan yang ada di Johor

  • Majlis Bandaraya Johor Bahru
  • Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
  • Majlis Perbandaran Kulai
  • Majlis Perbandaran Muar
  • Majlis Perbandaran Batu Pahat
  • Majlis Perbandaran Kluang
  • Majlis Daerah Mersing
  • Majlis Daerah Segamat
  • Majlis Daerah Labis
  • Majlis Daerah Pontian
  • Majlis Daerah Simpang Renggam
  • Majlis Daerah Yong Peng
  • Majlis Daerah Tangkak
  • Majlis Perbandaran Pasir Gudang

 

4. Senaraikan kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan SPAJ

  • Ketua Setiausaha Kerajaan Malaysia
  • Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
  • Kerajaan Malaysia
  • Kerajaan Negeri Johor
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Intan Kampus Wilayah Selatan
  • Pengerang Integrated Petroleum Complex

 

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir gred n41

 

Jika anda mahu memiliki ebook nota dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41, sila klik link di bawah :
[+] http://bit.ly/PegawaiTadbirN41

 

contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir n41 negeri terengganu

 

Bagi anda yang mahukan lebih banyak nota dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41, sila ke saluran Telegram kami di bawah :
[+] https://t.me/PegawaiTadbirN41

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada mengumumkan pengambilan bagi jawatan Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan untuk ditempatkan di SPRM. Proses pengambilan bermula dengan tapisan calon-calon yang memenuhi syarat dan layak ke peperiksaan. Contoh soalan peperiksaan Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29 bakal menjadi tumpuan bila peperiksaan hampir tiba.

 

contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-siasatan-sprm
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama pegawai-pegawai SPRM.

 

Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan mempunyai gred yang bermula dengan P29, P31, P37, P41, P43, P47, P51 dan P53 seperti yang dinyatakan menerusi laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia dikategorikan sebagai kumpulan Pelaksana atau Pengurusan dan Profesional. Gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut :

contoh-soalan-peperiksaan-penolong-pegawai-siasatan-sprm-gaji-sprm

 

Syarat lantikan Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29

Untuk menjadi seorang Pegawai Siasatan P41 dan Penolong Pegawai Siasatan P29, pemohon mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun.

Bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, pemohon mestilah memiliki :

  • Diploma dalam bidang undang-undang, pengajian perniagaan, perakaunan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,824.
  • Diploma dalam bidang ukur bahan, seni bina atau kejuruteraan atau bidang yang berkaitan dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P29 ini ialah RM1,863.82.

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P41

Untuk lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P41, calon-calon mestilah memiliki :

  • Ijazah Sarjana Muda (kepujian) yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,502 atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,616.65 atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam seni bina, ukur bahan atau kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,732.18 atau

 

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta atau kelulusan yang setaraf dengannya. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau
  • Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM2,963.24 atau

 

  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. Gaji yang ditawarkan pada Gred P41 ialah RM3,194.30.

 

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P31 atau Gred P37

Calon yang layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik yang bersetuju untuk lantikan terus ke Gred 31 atau Gred 37 yang masih kosong sekiranya menepati syarat-syarat seperti :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan dan syarat Bahasa Melayu
  • Memiliki pengalaman yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Gaji yang ditawarkan pada Gred P31 ialah RM3,159 manakala Gred P37 ialah RM3,817.

 

Lantikan ke Pegawai Siasatan Gred P43, P47, P51 atau Gred P53

Calon yang layak mendapat pertimbangan dari Pihak Berkuasa Melantik yang bersetuju untuk lantikan terus ke Gred P43, P47, P51 atau Gred P53 yang masih kosong sekiranya menepati syarat-syarat seperti :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan dan syarat Bahasa Melayu
  • Memiliki pengalaman yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Gaji yang ditawarkan pada Gred P43 ialah RM4,009, Gred P47 RM5,374, Gred P51 RM6,108 dan Gred P53 RM6,878.

 

Syarat Bahasa Melayu

Calon yang mendapat lantikan perlu memiliki Kepujian, minimum Gred C bagi Bahasa Melayu ditahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang setaraf dan mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia.

 

Syarat Peningkatan SPRM Secara Latihan

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Keselamatan layak mendapat pertimbangan Pihak Berkuasa Melantik berkaitan dengan Peningkatan Secara Latihan untuk Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 bergantung kepada kekosongan jawatan yang ditawarkan, bila sudah disahkan perkhidmatannya dan memiliki :

  • Menepati syarat lantikan seperti kelayakan yang ditetapkan atau lulus Peperiksaan Khas dan
  • Berusia tidak lebih 54 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 55 atau 56 tahun atau
  • Berusia kurang dari 56 tahun pada hari dilantik untuk pegawai yang bersara paksa 60 tahun.

 

Tugas-tugas Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan

Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan mempunyai skop tugas dan tanggung jawab yang sama merangkumi Aspek Siasatan, Aspek Latihan, Aspek Perisikan, Aspek Perundangan dan Pendakwaan, Aspek Pemeriksaan dan Perundingan, Aspek Pendidikan Masyarakat, Aspek Keselamatan, Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am dan Aspek Penyelidikan dan Perancangan.

 

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM

Meskipun Pegawai Siasatan dan Penolong Pegawai Siasatan jawatan ini berbeza dari segi gred, tetapi ia berada dalam Kementerian/Jabatan yang sama. Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM akan dikarang berdasarkan kepada maklumat dari SPRM sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.

 

Berikut ialah contoh soalan pengetahuan am bagi peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM.

1. Apakah nama unit kecil yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mencegah rasuah?
2. Siapakah yang dipertanggung jawabkan untuk mengendalikan unit kecil tersebut?
3. Namakan pihak yang menjalankan aktiviti pendakwaan kes rasuah.
4. Namakan badan kerajaan yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 menerusi gabungan 3 agensi kerajaan.
5. Apakah tujuan Biro Siasatan Negara diperkenalkan pada 29 Ogos 1973?

6. Apakah perubahan yang berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diperkenalkan pada 13 Mei 1982?
7. Mengapakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkenalkan?
8. Sebutkan 4 fungsi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan integriti dalam SPRM?
10. Nyatakan fungsi Jabatan Siasatan yang terdapat dalam SPRM.

11. Nyatakan fungsi Bahagian Pendidikan Masyarakat yang terdapat dalam SPRM.
12. Apakah peranan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan?
13. Jelaskan fungsi Jabatan Perisikan.
14. Apakah nama bahagian yang bertanggung jawab menjaga aspek keselamatan perlindungan, personel, fizikal, dokumen dan ICT SPRM?
15. Apakah makna tegas dalam SPRM?

16. Sebutkan 4 daripada 5 badan khas yang bebas menjadi penasihat kepada SPRM.
17. Apakah tugas spesifik bagi Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat?
18. Berapakah jumlah minimum bagi amaun yang berkaitan dengan kes-kes berprofil tinggi yang disiasat menerusi Badan Operasi Khas?
19. Bagaimanakah pemberi maklumat berkaitan rasuah mendapat jaminan keselamatan?
20. Kenapa maklumat yang berkaitan dengan kejadian rasuah mesti dilaporkan kepada SPRM?

 

Untuk mendapatkan 20 contoh soalan dan jawapan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan, sila ke saluran Telegram Penolong Pegawai Siasatan P29.